Friday, June 7, 2013

Flickr berubah wajah



Salam,

Dah lama aku tak mengadap akaun Flickr aku hari ni aku bukak agak terkejut dengan paparan baru diorang dan paling best sekali semua gambar dari mula-mula aku upload dulu dah boleh akses walaupun akaun aku bukan akaun Pro.

Sebelum ni bagi akaun flickr free kita cuma boleh tengok gambar sampai 200 je, walaupun gambar yang kita upload dah masuk 300, 100 lagi tu dia hidden sampaila kita bukak akaun Pro.
Rupanya ada perubahan yang amat besar berlaku tapi aku tak tau hahahaha..

So saper yang nak simpan gambar secara maya boleh la bukak satu akaun Flickr.

boleh baca artikel dekat bawah ni.

Yahoo! Memperkenalkan Rekabentuk Baru Flickr – Menawarkan 1TB Ruangan Percuma

wow

Sementara ramai penyedia perkhidmatan internet yang memfokuskan kepada tawaran ruangan percuma dalam bentuk GB, kini Yahoo! memulakan langkah awal dengan mula menawarkan ruangan storan percuma sebanyak 1TB melalui Flickr.

Daripada apa yang dikongsikan pihak Yahoo!, melalui ruangan percuma sebanyak 1TB ini, ia akan membolehkan para pengguna menyimpan lebih daripada 500,000 gambar dalam kualiti penuh, sekaligus membolehkan mereka menyimpan seberapa banyak memori dan hasil karya mereka dengan mudah melalui Flickr.



Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak Yahoo! juga turut sama memperkenalkan rekabentuk baru laman Flickr, memfokuskan sepenuhnya kepada gambar, Selain halaman utama yang memaparkan pelbagai kemaskini semasa berkenaan aktiviti pengguna dan rakan-rakan mereka, pihak Yahoo! juga turut mengemaskini rekabentuk halaman profil, sekaligus membolehkan para pengguna memperlihatkan pelbagai hasil rakaman mereka kepada dunia luar.

Rekabentuk baru ini telah pun boleh diakses oleh semua pengguna bermula hari ini.











Sumber Asal

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons