Sunday, June 16, 2013

Tak sabar tunggu Julai : CUEPACS harap elaun rumah, sara hidup diselaras

BUKIT KAYU HITAM 15 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan dan sara hidup (Cola) penjawat awam pada tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, dua perkara itu merupakan isu tertunggak dan berharap pelarasan dibuat dengan kadar segera kerana kos sara hidup semakin meningkat.

"Kita perlu selaraskan semua elaun, termasuk elaun Cola, bagi mereka yang tinggal di kuarters," katanya kepada pemberita pada persidangan perwakilan Cuepacs Kedah Sesi 2013-2016 di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Sementara itu, Omar berkata, prestasi tiga kumpulan penjawat awam yang dinaikkan gred daripada 17 kepada 27 melibatkan juruteknik, pelukis pelan dan renjer hutan bermula 1 Julai depan dipantau agensi terbabit bagi memastikan produktiviti mereka meningkat.

Beliau berkata, petugas terbabit juga perlu dihantar mengikuti pelbagai latihan kemahiran sesuai dengan gred demi memastikan produktiviti mereka meningkat dari semasa ke semasa.

"Kita tidak mahu mereka naik gred tetapi hasil kerja atau produktiviti mereka tidak meningkat, sama seperti sebelumnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, Cuepacs juga menggalakkan penjawat awam membuat pinjaman dengan Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) bagi mengelak mereka meminjam daripada ah long.

Katanya, beliau akan membawa usul itu dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Cuepacs hujung tahun ini bagi membolehkan KSA1M menyediakan peraturan atau syarat kepada peminjam.

"Kita bagi mereka (penjawat awam) pinjam (sehingga) RM3,000 dan perlu membayar pinjaman itu dalam tempoh setahun tanpa penjamin," katanya. - BERNAMA

Sumber : Utusan

Angin yang bertiup kencang kali macam nak robohkan pokok..tunggu je la..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons