Sunday, June 30, 2013

Something is missing

Salam..

Aku tak tahu nak tulis apa...sebab setiap kali aku menaip, aku akan padam semula..Rasa macam banyak perkara nak aku kongsikan, tapi apa dia? Akhirnya setiap patah perkataan hilang bila aku rasa ayat aku tak tersusun.

Aku perasan, aku semacam dah hilang minat dengan fotografi..aku dah tak menghasilkan karya aku sendiri...aku gak dah terdetik untuk jual semua peralatan aku..kenapa jadi macam ni?

Tiba-tiba aku rindukan senibina..AutoCadd..yang dah lama aku tinggalkan. Semalam ada berbincang dan meluahkan perasaan dengan senior dipejabat..betapa ruginya kami tak mempraktikkan ilmu yang ada malah menyimpang jauh dari "tugas asal" kami. Kadangkala terbit  rasa iri hati dengan hasil dan kemampuan orang lain..Agak panjang bersembang,sama-sama meluahkan apa yang selama ini terbuku dihati..Katanya, sebelum ni tiada orang yang layak untuk dikongsikan bersama..

Rupanya aku tak berseorangan dalam hal ni..ada jugak insan yang mengalami nasib yang serupa..konflik kami berdua hampir sama..daripada soal "tak diletakkan" ke tempat sepatutnya sehinggalah konflik rasa rendah diri bila berhadapan dengan "pesaing"...

Well, aku tau kalau aku tak berkehendak dengan apa yang aku kerjakan sekarang masib ramai diluar sana mampu menggantikan aku. Apa pun yang datang, mahu atau tidak aku kena hadapinya jugak...

Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons