Friday, June 7, 2013

Slow DOWN

Salam,

Rasa macam slow je nak update blog, macam hilang semangat tu nak menaip. Well ada perkara yang tak best berlaku minggu ni..Selepas Opah meninggal last week, aku, isteri dengan seorang lagi adik susuan isteri aku Farah, kami balik ke Putrajaya hari Ahad lepas 02 Jun 2013. Farah ni saje je ikut nak berjalan ke Putrajaya ni sementara nak menghabiskan cuti semester.

Isnin.
03 Jun 2013

Aku pergi kerja macam biasa dan diorang tinggalla kat rumah..aku cadang malamnya nanti baru nak bawak keluar..mungkin ke downtown atau sekadar berjalan ke sekitar Putrajaya ni.

Tapi takdir tuhan,kita hanya merancang, Dia yang menentukan..Berita kemalangan dari kampung sampai ke telinga ni..Memang sadis untuk diceritakan..

Bergegas isteri aku balik semula ke kampung bersama-sama Farah..Belum hilang penat perjalanan semalam, pagi ini terpaksa pulang semula. Tinggal aku sorang-sorang dekat sini sebab aku terpaksa bekerja..Nak dapatkan cuti kematian tak boleh sebab bukan adik-beradik aku, nak mintak cuti pun aku baru je cuti sebab opah meninggal..opah meninggal pun aku tak dapat cuti kematian gak.

Ini ujian dari Allah untuk kami, suami isteri. Aku redha...

Untuk baca cerita kejadian klik SINI

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons