Saturday, May 18, 2013

Tips "mintak nyawa" Candy Crush Saga

Salam.
Hari ni nak kongsi tips dan trick untuk dapatkan "nyawa" bagi game Candy Crush Saga.
Tengah best main game ni tetiba je dia suruh kita mintak nyawa pada kawan-kawan dalam facebook. Ada setengah orang amat rimas dengan request game dalam facebook..tambah lagi kalau dia tak main game tu. Aku pun sama siap "sound" jangan nak menggatal request game kat aku.
Tapi bila main je game Candy Crush Saga ni,"terpaksa" gak request. Dah la bagi 5 je nyawa,terpaksa tunggu pulak kalau dah habis 5 nyawa ni..
So untuk yang malas menunggu dan tak nak ganggu kawan-kawan dengan request korang, aku kongsikan trick macamana nak dapatkan nyawa setiap kali 5 nyawa korang dah habis.
Untuk penggguna Android (yang lain aku tak tau) :


1.Kena ada Internet (Penting!)
2. Masuk "Setting"
3. Klik pada "Application Manager"
4.Cari dan klik game Candy Crush Saga
5. Klik pada "Clear Data" (fikirkan dulu sebelum klik)
6. Klik pada "Force Close"
7. Keluar daripada "setting"
8. Masuk game Candy Crush Saga
9. Klik "Connect FB" dan klik okay setelah berhubung dengan FB. 

Peringatan : kalau terus klik Play semua data korang akan hilang dan korang kena mula dari level 1 !!!


Korang boleh tengok "nyawa" korang yang dah kosong tadi dah full semula...
Selamat mencuba!

Kalau tak jadi jangan salahkan aku, sebab aku dah try memang menjadi.

















Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons