Wednesday, May 15, 2013

Mencandat Sotong:Pengalaman Tak Boleh Dijual Beli


Salam,

Last week merupakan pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku..Bersempena Tahun melawat Terengganu beserta musim mencandat sotong, aku dengan beberapa kawan sepejabat join Kelab Rekreasi KBS punya aktiviti..

Masing-masing membawa harapan, sotong-sotong akan memenuhi tong putih..

Jam 10.30 malam 10/05/2013 bertolak ke Marang, Terengganu. Perjalanan dengan menaiki bas terasa amat jauh bila bas kerap berhenti singgah entah dimana-mana. 

Seawal jam 7.30pagi 11/05/2013 kami sampai ke Pekan Marang dan singgah berhenti untuk sarapan sebelum ke Chalet tempat untuk berehat sementara menunggu jam 4petang yang dijadualkan bertolak ke tengah lautan.

Aku sempat ke Kuala Terengganu mencari peralatan untuk mencandat sotong.Walaupun sebenarnya peralatan dah disediakan tapi rasa macam lagi puas buat sendiri..Layanan penjual dekat kedai tu pun memang best..siap ajar lagi apa yang perlu kita ada..macamana cara letak "umpan" dan "batu".

Perjalanan dari jeti nelayan dimulakan dengan gelak tawa..perasaan yang sungguh teruja..Wajah semua peserta tersenyum gembira..dan mereka semua termasuk aku tidak mengetahui..badai laut akan merubah wajah menjadi hijau dikala bot berlabuh dan dijatuhkan sauhnya..


Aku sebelum bot berlayar

Memang seronok dan teruja sewaktu bot mula bergerak..tetapi itulah permulaan mimpi ngeri sepanjang 13jam atau lebih berada dipermukaan laut..
bersiap dengan joran(yang bakal tak digunakan)

Mabuk laut. Antara perkara yang tak ingin berlaku tapi takdir tuhan menentukan kekuatan gelora dilautan jangan dicabar..apa lagi oleh amatur seperti kami..semuanya terbaring, termuntah, terbongkang,terkangkang,dan segala macam ter lagi berlaku sepanjang berada ditengah lautan..

Keluar dari muara
Ajaibnya walaupun angin malam tu amat kuat tapi tidak sampai ke tulang..angin seakan selimut pada malam itu..membaluti tubuh yang lemah akibat mabuk laut. terdengar bisikan diri sendiri..bila semua ini akan berakhir..menyesal pun ada..apa daya dan upaya,enjin bot terus ke hadapan jauh dari pelabuhan..

Tapi dalam lemah aku gagahkan jua bangkit supaya perjalanan tidak sia-sia..aku kebelakang bot mencapai peralatan yang pertama kalinya dalam hidup menjadi milik aku. Seterusnya aku campakkan juga ke dasar lautan biar rezeki ku ditentukan tuhan..

Syukur Alhmadulillah..sotong aku yang pertama
Akhirnya..rezeki pertama menjadi nelayan amatur..Seekor sotong panjang lebih dari sejengkal mengena umpan tiruan..syukur aku dengan lafaz Alhamdulillah..akhirnya merasa juga aku mencandat sotong dengan kudrat dan titik muntah sendiri..hanya 2ekor diberi Allah malam itu kepada aku..tapi aku tetap puas..aku tetap bersyukur..ini kudrat yang termampu,aku juga bersyukur kerana aku tidak perlu menggadai nyawa setiap hari mencari ikan dilautan untuk menjadi ganti beras.

Aku gagahkan diri walaupun mabuk untuk capai hp dan snap supaya ada kenangan hasil aku yang pertama.
Matahari Terbit yang sempat dirakamkan dari atas bot
Suasana yang indah

12/05/2013 9.00pagi Setelah kaki menjejak simen jeti terungkap dari bibir "daratan jua tempat paling selamat".

Berehat seketika di chalet kemudian menuju ke pasar Payang yang amat terkenal di Kuala Terengganu..Aku cuma membeli keropok ikan kering sebagai buah tangan untuk siapa pun aku tak pasti.

Memilih keropok
Telur Penyu.RM30 seplastik
Jam 3.00petang bermula perjalanan balik ke Putrajaya. Singgah sebentar di Kemaman, merasai keenakan Satar di restoren yang aku kira terkenal di Kemaman ini..Aziz Satar.

Aziz Satar



Jam12.00malam sampai la kami ke Putrajaya. Selepas pembahagian hasil tangkapan, aku balik, mandi dan terus siang seekor sotong sebelum digoreng dan menjadi makanan lewat malam aku hari itu..

Aku ambil 5ekor sotong dengan 2ekor ikan je.
Sedap aku makan sotong fresh..


Reactions:

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons