Wednesday, May 1, 2013

Marathon PBAKL, Shopping, Wayang dan Sebagainya-Part II

Salam,

Oleh kerana panjang sangat cerita aku yang agak boring tu, terpaksala aku buat part II harap-harap tak payah la sambung sampai part III. :)

Okay, lepas je balik dari PBAKL singgah sebentar dirumah makcik aku..dah lama betul rasanya tak jumpa sepupu aku yang sorang tu..maklumla dulu rajin gak lepak sekali, sekarang aku dah kahwin takkan la nak lepak dengan dia je kan?kan?kan? Lama gak la lepak dekat rumah diorang sebelum kami berjalan kaki pergi Kenanga Whole Sale yang dekat bebenor dengan rumah dia..

Ada la seorang hamba Allah ni ajak berjalan, sampaikan suruh aku jalan dulu dengan sepupu aku biar dia jalan sorang-sorang pun takpe..Sape lagi kalau bukan isteri aku..ada ke patut dia suruh aku jalan je dengan sepupu aku sebab dia nak meninjau-ninjau kawasan.. Kenanga ni memang heaven la kalau nak beli baju..harga memang murah..pilihan banyak..semua tingkat ada jual baju..dari hujung kaki sampai la ke hujung rambut..tudung, baju kurung, skirt, kemeja, t-shirt, pendek kata apa baju yang takde aku tak tau..costume pun ade!!!

tengok dia punya senyum..lebor..

Dalam pada masa tu aku terjatuhkan kunci kereta, nasib baik la isteri aku letak no telefon dia dekat key chain..terima kasih pada pihak pengurusan yang jumpa kunci tu dan telefon kami..cuak gak aku..walhal gerak hati aku masa tu terdetik "kalau kunci ni jatuh takpe kot ade no phone"..Rupanya memang jatuh..aku ingatkan terjatuh dekat dalam tandas rupanya masa berjalan-jalan tu tercicir pulak dia. Saje je nak bagi aku cuak.

aku lepaskan dia jalan sorang2

Kami agak terkejar-kejar sebab aku dah tempah tiket wayang cerita Ironmen3..Dari Kenanga kami jalan kaki je ke Times Square..ada la dalam 15minit "lumba"jalan kaki hehehe.

Isteri aku cakap, tak puas pulak shopping hari ni..Lain kali kita pi okay? Itu pun katanya lepas habis wayang nak sambung kat Times Square..Oleh kerana cerita Ironmen3 ni agak lama, keluar je dari panggung wayang kedai pun dah nak tutup..

Selain dari aku yang terjatukan kunci kereta isteri aku pulak terjatuhkan hp dia dalam toilet dekat panggung wayang tu..nasib baik la dia sedar and orang pun takde yang masuk tandas tu lepas dia keluar. Rezeki dia la ada lagi hp tu terjatuh orang lain tak jumpa.. Aku dah berapa kali terjumpa hp dalam wayang..terutama lepas orang keluar lepas habis cerita..Aku akan menunggu la tuan punya phone telefon hp dia dekat luar. Itu sebab sebelum keluar aku akan check poket aku, hp dan dompet atau barang berharga ada tak dalam poket..

Rupanya tak berhenti dekat situ je...Downtown Cheras here we comes!!!

Bersambung Lagi...

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons