Wednesday, May 1, 2013

Marathon PBAKL, Shopping, Wayang dan Sebagainya-Part I

Salam

Wah tajuk panjang benor..ape yang marathonnye? Sabtu yang lepas sudah masuk hari kedua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.(PBAKL). So memang aku nak ke sana, kalau sebelum ni pergi dengan kawan kali ni pergi dengan isteri.Rasanya pertama kali untuk isteri kot berkunjung ke PBAKL ni.

Macam tahun sebelum ni, PBAKL memang luas untuk dijejaki sampai habis..malah amat la penuh dengan manusia..kebanyakannya budak sekolah la..berduyun-duyun diorang datang dengan bas. Meriah sungguh..tapi rasanya budak-budak ni bukan nak mencari buku pelajaran je, tapi ramai yang aku tengok berkunjung ke gerai pameran komik.  Gempakstarz, Ujang, Creative, PTS, Karangkraf adalah antara publisher yang penuh dengan kehadiran diorang ni..Selain komik, of coz la novel juga jadi tumpuan remaja-remaja ni..


Aku juga terdiri diantara golongan 'remaja' yang masih gemar dengan komik, bahan bacaan merapu yang tidak membangunkan minda kecuali untuk berhibur hehehehe.

Sudah agak lama sebenarnya aku tak membelek apalagi membeli majalah Ujang keluaran MOY ni. Hari tu adalah hari bersejarah untuk aku kerana buat sekian lamanya, aku beli majalah Ujang dan Apo?...antara yang menarik perhatian aku ialah majalah Apo?edisi 3D..memang kelas la..baca komik dalam bentuk 3D siap dapat spek mata 3D lagi.

Salah satu alasan aku beli Ujang ni sebab dapat paper beg..bukan aku yang nak tapi isteri yang nak paper beg tu..cantik katanya.


Dari Ujang aku singgah ke Creative yang menerbitkan Majalah Komik Gila-Gila..Aku tak jugak beli Gila-gila ni tapi aku beli sebuah buku hardcover "Jungle Jokes" yang memang terkenal dalam Majalah Gila-Gila nih dan tanda sokongan aku pada Real Ujang..aku beli Majalah "Aku Budak Minang"..

Tak lengkap kalau aku tak berkunjung ke salah satu gerai komik yang aku pernah minat dulu..dan sebab aku baca komik ni la aku rasa nak beli PS2 then aku terus pergi kedai beli sebijik PS2. Gempakstarz pernah menjadi komik wajib yang akan aku beli pada setiap keluarannya. Cuma bila usia makin meningkat minat tu sedikit demi sedikit hilang. Tahun lepas gerai jualan Gempakstarz ni ada menjual baju tapi tahun ni cuma ada 1je baju itu pun dalam pakej ulang tahun ke 10th diorang. Mungkin diorang ada 2 gerai jualan kot.


Seterusnya aku pergi ke PTS publisher..Memang la amat sesak..masuk sekejap kemudian keluar..nak berjalan pun susah..berpusing la kami mencari Karangkraf..Karangkraf telah conquer satu dewan terus, so pengunjung tak de la sesak sangat sebab satu dewan tu penuh dengan Karangkraf je. Novel, Majalh Wanita, Maskulin, Keluarga pendek kata yang keluaran Karangkraf semua ada kot.


Dekat Karangkraf ni isteri aku je yang membeli pasal tak kena dengan jiwa aku yang muda remaja ni hehehe. Sudah habis tawaf PBAKL (tak semua aku sempat pergi) Perut pun dah lapar, kaki pun dah sakit berjalan tiba masa untuk beransur..InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki jumpa lagi tahun hadapan pulak..PBAKL ni habis 05 Mei 2013..panjang lagi masa tu..



Bersambung..........

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons