Monday, May 20, 2013

Kejutan Untuk Isteri

Salam,

Mei adalah bulan yang meriah dengan sambutan peribadi..awal bulan sambut birthday aku..Tengah bulan sambut birthday isteri dan akhir bulan nanti sambut ulang tahun perkahwinan kami pula.

Khamis lepas aku buatkan kejutan untuk isteri bila aku tiba-tiba balik tak bagitau.Sehari sebelumnya isteri aku tanya samada aku akan balik atau tidak sempena birthday dia, jawapan aku ringkas:TAK BALIK.PENAT. Sedangkan dalam kepala aku dah siap buat rancangan esoknya aku akan surprisekan dia.

Oleh sebab aku jawab tak nak balik, isteri aku pulak yang rancang nak datang Putrajaya nih tapi aku tak bagi..Aku cakap membazir la, nanti minggu depan dah nak datang lagi, sedangkan aku memang sengaja bagi dia rasa kecewa, kononnya aku tak balik dan dia pulak tak diizinkan datang jumpa aku. Mulanya dia memang tak setuju dengan cakap aku, takkan la salah nak jumpa suami sendiri? Dosa tau lawan cakap suami, dah aku tak izinkan datang so tak payah la datang.Apa punya teruk la dapat suami camni..Hehehehe..

Awal pagi aku hantar mesej seperti biasa..Bertanya khabar dan aku selitkan jugak 1 soalan yang tak biasa aku tanya..Petang karang pergi pejabat tak? Asalnya memang dia takde pelan nak keluar petang tu sampaikan aku terpaksa buat trick yang aku sebenarnya nak pinjam duit dia(supaya dia keluar jugak).

Aku bertolak dari Putrajaya dan sampai Tapah sekitar jam 2petang..terus pergi pasar dan sempat lagi ke pasaraya TF dekat Tapah tu. Aku beli sedikit keperluan untuk persediaan makan malam, sebab dia ada mengeluh kononnya nak merasa masakan aku sempena birthday dia..

Oleh kerana aku dah pastikan dia memang dah keluar ke pekan Tapah, aku masuk ke rumah,siap makan megi, mandi dan tidor. Dalam pada masa yang sama sempat mesej lagi..kononnya aku masih ada dekat Putrajaya. Oleh sebab nama pun nak surprise, aku masuk dan kunci pintu rumah termasuk la pintu bilik..siap aku sorokkan kasut aku.

Aku rasa dah berjam-jam aku kurungkan diri aku dalam bilik akhirnya isteri aku balik..memang dia langsung tak tau yang aku sebenarnya dah ada dalam bilik. Bila dia bukak je pintu jeng jeng jeng...suami dia yang tengah mesej tadi dah ada depan mata..Nasib baik la dia takde sakit jantung hahahaha...Kalau aku rakamkan muka dia masa tu memang lawak habis..tak percaya sungguh dia aku ada depan mata sedangkan tadi mesej macam biasa, kemudian dia kira masa yang diperlukan untuk aku sampai dari Putrajaya ke Tapah. Semua macam tak logik, aku suruh dia baca ayat kursi kot-kot la aku bukan aku hahaha jawapan dia dah baca hahaha..

Simple je yang penting rasanya wakaka

Petang tu aku sediakan makan malam bagi meraikan birthday isteri aku..dan paling penting aku bawakkan sotong yang aku candat hari tu.. Bukan senang wooo..dari rumah aku letak ais ketul kemudian cair..aku singgah pekan Sungkai semata-mata nak tambahkan ais ketul biar sotong tu tak busuk. Merasa jugak dia sotong yang dah seminggu dalam peti ais tu hehehe.


Untuk Sayang:

Pertamanya Selamat Hari Lahir.

Maaf takde hadiah, hanya dapat balik dan luangkan masa bersama..itu la sape suruh lahir tengah bulan..time tak gaji hahaha

Semoga Allah merahmati usia kamu, merahmati perkahwinan kita dan semoga Allah kurniakan kita apa yang dihajati.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita mampu, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasa bersyukur dengan nikmat dikurnia..

Walaupun sekarang jarak adalah musuh kita, jangan pernah sekali jarak itu ada dalam hati..ia cuma jarak..bukan dinding yang menghalang. 

Akhir kata dalam bicara hari ini. 

Majulah sukan untuk negara hehehe

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons