Thursday, May 30, 2013

Al-Fatihah

Langit mendung dengan awan kelabu.
Suasana hiba senja ini, air mata bergenang disetiap wajah yang ada.

Berlabuhnya tirai mentari dikaki langit, pepohon dibuai bayu senja. Alunan azan berkumandang sayup-sayup kedengaran dikejauhan.

Hari ini, kesedihan menjadi sahabat sejati. Perginya seorang insan menemui Tuhannya. Menunaikan janji hidup pasti mati.

Ya Allah..ampunkan lah segala dosa hambaMu itu..

Ya Allah..jadikan kubur hambaMu itu antara taman-taman syurgaMu yang terindah.

Al-Fatihah buat opah yang telah kembali ke Rahmatullah.. Maaf kami suami isteri tidak sempat menatap wajah Opah buat kali terakhir.

Kami kirimkan doa buat bekalan Opah disana..agar opah senantiasa merasa lapang. Mudah-mudahan Opah dapat bertemu Tok di syurga dan bahagia disana.

Reactions:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons