Tuesday, April 2, 2013

Penempaan Hati

Salam,

Aik hati pun boleh ditempa ke? bagi aku boleh la kot..sering kali orang bercakap "keras betul hati ko" "lembut hati betul la" So adakah ianya benar-benar boleh dibentuk?

Jikalau dengan izin Allah apa pun boleh terjadi. Sebab tu adanya doa untuk melembutkan hati orang, ada doa untuk menggentarkan hati orang..tapi kalau Allah dah keraskan hati untuk menerima teguran atau nasihat, jadi la seperti

Firman Allah yang bermaksud:

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan" (Al-Baqarah 2:74)

Aliran air yang terbentuk menghakis permukaan batu :Gambar Air Terjun Kemensah 4.0 2013

So kalau sakit hati? sedih? patah hati? macamana pulak?


 Aku suka luahkan perasaan dalam setiap lukisan (buruk) aku yang menggambarkan kegelapan dari sudut yang orang tak nampak.. Aku senyum, ketawa tapi sebenarnya aku sedang bersedih..bukan bertujuan untuk orang lain faham..
 


Yela kadang-kadang kalau asyik emo je bukan orang suka, boringla asyik ko je yang ada masalah..orang lain takde masalah? dunia ni banyak benda ceria tapi kenapa nak negatif je manjang betul tak?

So ini la kanvas kekecewaan aku, kanvas kemurungan aku, kanvas yang menceritakan disebalik sudut yang aku sorokkan. Orang lain tak perlu tahu kalau sekadar melihat riak wajah aku. Kita kena ceria supaya orang lain pun turut ceria..Bila orang lain ceria keceriaan diorang tu akan buat kita ceria..amende aku cakap ni? hehehe.

Ceria-ceria selalu..
 

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons