Wednesday, April 3, 2013

Pegawai dan Staff

Salam,

Hari ni punya entry panas sikit..ada unsur-unsur panas hati dalam penulisan kali ni..Nak tulis lama dah tapi teragak-agak, maklum la nak mengata..Elok juga kalau sampai ke pengetahuan tuan punya badan. Aku namakan pegawai tersebut sebagai "Abang Long kawasan".

Simple je.

Ini hasil kerja aku selama dua tahun

ini hasil kerja abang long kawasan.

Apa yang nampak perubahan dalam kerja tersebut? Wow cantiknya (sambil mata pandang ke atas dan mengangkat tangan letak ke bahu).. KOnonnya inovasi..

Aku dah buat pendaftaran konsultan dan kontraktor lebih kurang dua tahun..pegawai aku (Pn.Zack) sebelum ni yang minta aku buat dalam format seperti diatas. Mengikut pecahan negeri, dan menyusun mengikut kategori. 

Al-kisah nya tetiba je ada la datang pegawai yakni abang long kawasan ni la..Dengan suara lunak dan merdu bertanyakan kepada aku..

"er kita ni ada rancangan nak buat inovasi berkenaan perunding..selalunya apa yang kita wat dengan perunding yang berdaftar dengan kite?"

"saya nak awak buat pecahan ikut negeri dan kalau boleh asingkan mengikut kategori masing-masing"

Doh...selama ni aku buat apa? KETINGGALAN betul la mamat ni..sebelum dia fikir inovasi la sangat aku dah jauh mendahului keinovasian dia.

Lebih ironinya lepas je dapat softcopy dari aku itu je yang mampu dia buat? Kita staff ni la yang buat dari kosong..kemudian cuma tambah warna, dia pulak dapat nama??? Aku malas nak ambik port sangat sebelum ni..tapi bila nampak kerja aku selama ni digunakan untuk kepentingan individu terasa macam..you know what i mean..

Sebelum tu dia ada menggariskan peningkatan dalam inovasi tersebut..kononnya.

Antara punca yang di"highlight'kan dalam gambar rajah ikan ialah kelemahan manusia, kurang pengetahuan, tiada pengalaman dan ada lagi beberapa perkara yang aku dah lupa..

Siapakah manusia tersebut? AKU
Siapa yang kurang pengetahuan? AKU
Siapa yang tiada pengalaman? AKU! AKU! AKU!

Memang la dia tak tulis dekat gambar rajah ikan yang bodoh tu nama aku, tapi siapa yang buat "inovasi' dia tu?

Ini la sikap paling celaka sekali dalam organisasi pekerjaan...staff yang bertungkus lumus pegawai atasan yang dapat nama. Aku percaya ramai lagi kat luar sana situasinya lebih teruk daripada aku. Aku tak kata semua pegawai atasan macam tu dan sememangnya kami staff ni mengikut arahan tapi kalau claim hasil kerja orang macam dia sendiri yang buat ini haram jadah namanya.

FYI dalam carta oraganisasi aku bukannya dibawah beliau..pegawai atasan aku memang terbaik..perangai orang teknikal ni suka buat sendiri dari suruh orang...TEtttttt..sekian wassalam.

Ikhlas dari Aku untuk hari ni.



Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons