Tuesday, March 26, 2013

Masa Kualiti Suami Isteri memang TIDAK sama



Kita mungkin sudah biasa dengan istilah "masa berkualiti," tetapi apakah ia benar-benar bermakna dalam kehidupan kita suami isteri dan bagaimana sebenarnya kita menghabiskan masa berkualiti dengan pasangan kita masing-masing. Sedangkan daripada segmen Adam dan Hawa Majalah Anis oleh Pak Utih ini, kita mula mengerti bahawa keperluan dan kehendak lelaki dan wanita amat berbeza.

Apabila disebut masa berkualiti ialah kita boleh bayangkan sepasang suami isteri menghabiskan masa bersama sambil membuat sesuatu kerja atau permainan atau bersantai bersama-sama. Seperti contoh, bersiar-siar di pantai bersama-sama, membasuh pinggan mangkuk bersama-sama di dapur, tengok tv bersama-sama dan sebagainya. Ironinya ada juga pasangan yang telah laksanakan perkara ini saban hari di rumah, banyak membuat kerja-kerja di rumah tetapi masih juga mendapat rungutan dan kekecewaan daripada isteri yang suaminya tidak melayannya dan menghargainya. Mari kita terokai isu ini melalui perbezaan kehendak dan keperluan agar masa berkualiti yang dirancangkan itu sungguh bermakna untuk kedua-dua suami isteri.

Kehendak seorang wanita semasa menikmati masa kualiti ialah bukan setakat duduk bersama, tetapi yang penting ialah pada masa itu juga masing-masing memberikan perhatian antara satu sama lain. Sebagai contoh, duduk bersama-sama dan malah isteri duduk di atas riba pun, tanpa berkata apa-apa dengan masing-masing memberikan tumpuan hanya di kaca TV, ini tidak diiktiraf oleh wanita sebagai masa berkualiti. Keadaan begini seolah-olah isteri itu duduk sendirian di atas sofa empuk menonton tv. Walaupun mereka berdua duduk berjam-jam menghadap tv, ia tidak dikira sebagai masa berkualiti jika tiada ungkapan diucapkan mengenai diri masing-masing.

Books Huey, di dalam Yahoo Contributors Network, mengatakan definisi masa berkualiti untuk wanita boleh berubah berdasarkan perasaan, emosi dan keceriaannya pada masa itu. Oleh itu si suami harus pandai memahami apa yang sedang difikirkan oleh isterinya supaya masa kualiti yang ingin diberikan kepada isterinya itu tepat dan berkesan. Berikut adalah sebahagian daripada senarai masa berkualiti yang disusun agar menjadi panduan kepada suami-suami;

• Hanya mahukan di peluk tanpa berkesudahan di bilik tidur,

• Mahukan bersama untuk menikmati kepuasan bersama,

• Ceritakan kepadanya apa yang telah suami lalui siang tadi di pejabat sebab dia suka mendengarnya,

• Ceritakan kepadanya pengalaman harian di pejabat sebab dia pun ada perkara yang ingin di ceritakan kepada suaminya itu,

• Berikan padanya “remote control tv” itu sebab dia nak tengok cerita di tv dan dia tidak kisah sama ada suaminya suka atau tidak,

• Suami duduk di luar rumah sahaja sementara dia mencuci rumah dan terus datang jika dipanggil untuk membantu mengangkat sofa atau meja-meja berat ini jika diperlukan nanti,

• Duduk di luar rumah sementara dia menyapu lantai agar apabila habuk berterbangan suami tidak bising memarahi habuk sana sini dan dia pun rasa tenteram mencuci lantai hingga bersih,

• Bersihkan rumah bersama-samanya supaya dia tidak berleter melihat suaminya baring tengok tv hingga ke petang,

• Berjalan-jalan di “shoping complex” untuk melepaskan stress bersama sambil mengunyah makanan remeh dan berpegangan tangan.

• Dan banyak lagi kalau ingin disenaraikan.

Kalau orang lelaki gunakan senarai di atas sebagai panduan, pasti kebanyakan di kalangan kita akan mengangkat tangan kerana tidak dapat membaca apa yang tertulis di dalam kepala wanita pada masa itu. Menurut Rex Jung, UNM Neuropsychologist, University California, binaan otak lelaki yang mempunyai sel “gray matter” (memproses maklumat) lebih 6 kali jumlahnya berbandingkan sel otak perempuan dan pula kurang 10 kali sel “White matter” (jaringan maklumat seperti pendawaian telefon) daripada sel otak perempuan, menyebabkan orang lelaki kurang upaya untuk mengaitkan sesuatu perkara dengan yang lain secara tepat.

Untuk membantu orang lelaki memahami apa yang difikirkan oleh perempuan, di sini diberikan beberapa cadangan soalan-soalan agar dengan soalan-soalan ini, mudahkan lelaki memahami apa yang sedang difikirkan oleh perempuan dan akhirnya dapat memenuhi masa kualiti yang impikan oleh isterinya pada masa itu. Dengan lain pekataan, suami boleh berkomunikasi secara berkesan untuk merancang sesuatu masa kualiti bersama isteri.
Contoh isterinya ajak keluar makan angin bersiar-siar di tepi pantai.

Soalan 1: yang mesti disoal ialah (tempat) “Pantai mana?”. Jika dia menyerahkan kepada suami menentukan, jangan terus membuat keputusan sendiri. Kerana kebiasaannya, jika dia yang mengajak, pasti pantai yang ingin dia pergi telah terpahat di hatinya. Teruskan bertanya sehingga dia menyatakan dengan jelas.

Soalan 2: ialah (siapa) “Siapa lagi yang akan ikut bersama?”. Kekadang dia ingin berjalan berdua dengan suami sahaja. Kekadang pula dia ingin membawa anak-anak atau sanak saudara bersama untuk menguatkan hubungan mereka sambil mengambil angin pantai. Kalau dia berkata pergi berdua sahaja, janganlah sibuk-sibuk membawa orang lain walaupun anak sendiri. Kerana pada waktu itu,masa kualitinya ialah dia ingin berdua dengan suaminya sahaja.

Soalan 3: ialah (pakaian) “Abang nak pakai baju apa nanti?” Tidak perlu tahu pakaian dia. Cukup dengan menanyakan apa yang suami akan pakai. Kerana dia sendiri telah menetap pakaiannya dan yang dia inginkan ialah kelihatan sedondon dengan suaminya. Ini akan menjadikan masa itu dirinya bertambah kualiti dipandang oleh wanita-wanita lain.

Soalan 4: ialah (masa) “ Pukul berapa nak pergi?” Soalan ini penting agar memudahkan menentukan masa untuk dia membuat persiapan secara resmi. Sekiranya suami tidak menanyakan masa bila untuk pergi, kebiasaannya dia tidak akan membuat persiapan sehinggalah dia lihat suaminya mula membuat persiapan. Apabila masa telah dipersetujui dan suami kelihatan sedang bersiap-siap, ini akan menambahkan keceriaannya dan masa kualiti telah dirasainya walaupun mereka berdua belum lagi sampai di pantai. Sebaliknya kalau suami berjanji untuk pergi sekian masa tetapi masih kelihatan membuat kerja lain dan seperti tiada minat untuk ke pantai, ini menyebabkan nilai bersamanya sudah berkurang walaupun akhirnya mereka berdua ke pantai juga.

Soalan 5: ialah (makan) “Kita nak makan di mana nanti atau Sayang nak bawa bekal ke?” Sifat wanita yang sangat memelihara hal kewangan keluarga, dia akan bersungguh-sungguh menjimatkan belanja dapurnya. Oleh itu, apabila suaminya bertanyakan mengenai makanan sebelum mereka pergi ke pantai, isteri akan bertambah ceria untuk menyediakan dan memasaknya sendiri kerana dengan memakan makanan sendiri ditepi pantai itu menyebabkan diri rasa dihargai oleh suami itu daripada menjamu selera di gerai-gerai di pantai yang tidak pasti sedapnya atau harganya yang tidak berpatutan mengikut perkiraan mereka.

Gunakanlah kelima-lima jenis soalan yang telah disusun mengikut turutan seperti di atas. Jangan cuba menggunakan soalan kelima menjadi soalan pertama. Kemungkinan besar ini akan merosakan nilai ajakannya. Sebagai contoh dia mengajak anda ke pantai. Anda pula menggunakan soalan kelima dahulu, “Nak makan di mana? Awak nak masak sendiri ke?”. Dikhuatiri terasa hatinya kerana seolah-olah ajakannya itu membawa masalah pula pada diri anda untuk makan di pantai itu nanti. Berhati-hatilah.

Bagaimana pula jika seorang isteri ingin merancang masa berkualiti untuk suaminya di rumah. Mudah sahaja. Formulanya ialah MAKAN – MAIN – TIDUR. Sesampai sahaja suami di rumah, terus sediakan makanan dan minuman kegemarannya, kemudian benarkan dia bermain alatan kegemaran atau hobinya atau membaca surat khabar dan sebagainya atau menonton berita di tv dan akhirnya kalau dia kelihatan penat, biarkan dia tidur dahulu untuk dia kembalikan hormon-hormon yang telah hilang semasa membanting tulang memerah otak bekerja siang tadi. Bagi seorang suami, inilah sebenar yang dikatakan masa berkualiti untuk suami.

(Penulisan Pak Utih petikan kolum Adam vs Hawa di Majalah Anis)

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons