Wednesday, March 27, 2013

Jangan pernah rasa sunyi...

Salam,

Lain macam je tajuk hari ni..something goes wrong ke?

Tak terluah dibibir tapi bisa di nukilkan disini

Shall we begin the story?

Cuti sekolah dah bermula dari Sabtu lepas..kalau masa kecik dulu aku seronok bila bercuti sekolah rupanya perasaan tu bawa sampai ke besar sebab apa? sebab insan tersayang bekerja sebagai guru.

Tapi cuti sekolah kali ni tak best macam sebelum ni bila dia tak dapat bercuti..Ni semua sebab parlimen tak bubar lagi..cis!!!

Apa kena mengena Parlimen tak bubar dengan isteri aku?simple je..Cikgu Tadika Kemas..so faham-faham jela..KEMAS..tak berapa nak kemas..

Jumaat petang isteri aku sampai..hanya dapat bercuti sehari..pada Isnin..Ahad pulak tetiba dapat panggilan dari adik beradik isteri yang diorang bercadang nak berjalan ke Putrajaya ni..

Well ini first time untuk Abang Ipar aku dengan isteri dia datang..agaknya lepas dengar Kakak Ipar aku dah sampai sini dia pun teringin la nak datang..tapi bapak mertua aku tak dapat nak join sama..sibuk dengan orang politik dekat kampung tu..

Bisingla suasana rumah aku yang sentiasa sunyi tu..riuh dengan suara tangisan anak buah yang takut dengan Paksunya (aku le tu)..


.................................................................................................

Semalam, balik je dari office...aku tengok rumah yang lapang..sunyi je..Isteri dah balik, keluarga yang lain pun sama..


Termenung sekejap dengan suasana macam tu..apa yang aku tak ada?semuanya aku ada..semua yang aku nak aku dapat...tapi rupanya masih ada kekosongan yang tak dapat aku isi.

Pesan isteri aku : jangan pernah rasa sunyi di hati..

Aku faham pesanan dia tu..sunyi di hati ni akan datang dengan pelbagai dugaan, takut mencari alasan untuk munculnya orang ketiga. Mohon dijauhkan, kalau hati tu nak dibalikkan Allah semuanya boleh terjadi..tapi jangan pernah sekali memulakan dan membenarkan perkara macam tu berlaku. Aku yakin dengan hati aku sendiri..

Dekat dihati walaupun jauh dimata..



Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons