Thursday, March 14, 2013

Gambar-Gambar Lama

Salam,

Malam ni aku saja surf internet nak mencari wallpaper untuk hp ni..dalam duduk google aku teringat why not aku guna gambar yang aku shot sendiri?berlambak-lambak tak payah nak mencari. So start la mencari dalam hard disk..tiba-tiba terbukak folder gambar lama sekitar tahun 2007 dan ada yang lebih lama kot..

Rupanya kat sini gambar yang aku sangka dah hilang tu..nak kata banyak tu takde la.yela dulu mana ada kemampuan nak pakai kamera..kalau ada kamera pun yang filem punya..negatifnya ada la.



Dah balik dari interview
Terasa lawak pun ada kalau aku tengok betapa 'comel'nya aku yang dulu..er..comot kot hehehe

Masa reunion SMKDARY

Masa ni rumah masih belum ubahsuai..
Yang ni bukan tahun 2007.tahun 2005 kot.
Seingat aku memang ada banyak salinan gambar sebenarnya tapi ada jugak yang hilang, bila laptop isteri aku hilang dulu.

Aku terfikir kalau hard disk ni corrupt macamana? mujurla ada cloud storage sekarang. Korang boleh upload fail/gambar/nota dalam internet. Tapi aku sendiri pun takde back up lagi dalam cloud storage. Aku syorkan guna Dropbox.

Dropbox ni senang sikit sebab ada untuk smartphone android..untuk smartphone lain aku tak pasti. PC pun boleh guna jugak dropbox ni.

So kalau korang ada simpan gambar atau fail yang penting elok la buat back up..dalam portable hard disk ke, dvd, pendrive atau paling selamat guna perkhidmatan cloud storage.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons