Thursday, March 7, 2013

Cherating Part I : 1st Time

Salam,

Aku suka menulis dalam blog sebagai peringatan selain berkongsi cerita dengan sesiapa saja. Kadang-kadang aku anggap blog sebagai pengganti diari..dah lama tak ada diari..kalau dulu (bila aku cakap dulu,ianya terlalu lama berlalu) aku cakap je aku suka menulis diari orang akan cakap aku ni macam perempuan..ada diari bagai..soalannya?ada aku kisah? hahaha

Last Friday (01/03/2013) Bahagian ditempat kerja aku buat SKT (sasaran kerja tahunan) di Cherating, well ini adalah first time aku menjejakkan kaki ke sini. Bagi orang macam aku (mengharapkan subsidi je) memang amat la best dapat bertugas sambil berjalan. Apa lagi kalau disertakan pelbagai program yang menarik..

Yang bestnya kami boleh bawak pasangan masing-masing..yang dah kahwin je ye..yang solo takde la pulak boleh bawak pasangan..by the way tinggal 2 orang je yang bujang (sorang special kes hehehe) kat office ni.

Hari pertama sampai dah agak lewat petang..sampai je check-in dan terus pi makan..Aku sampai agak lewat sebab menunggu isteri aku datang dari Tapah ke K.L lepas dia habis kerja.

Malam je dah terus ada briefing dari SUB (setiausaha bahagian) berkenaan perjalanan projek dan aliran kerja. 

Memang best kalau ada bos yang sempoi, mesyuarat pada malam tu habis dengan cepat,so boleh balik tidur.

Mood Honeymoon Lagi Hehehe

Gambar macam biasa update kemudian

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons