Sunday, February 3, 2013

Lipan : Bukan sekali tapi dua!

Salam,


Apakah rasanya disengat lipan? sakit kot.. So macamana kalau disengat dua kali? sakit plus dua.

Ini la yang jadi dekat aku semalam.

Aku tak ingat pernah ke sebelum ni aku kena sengat dengan lipan? mungkin ada mungkin tidak..ini gara-gara tidur dilantai dan dekat dengan dinding yang mungkin menjadi laluan kepada lipan tu. Dalam pukul 1.00pagi, tengah sedap-sedap berdengkur tiba-tiba terasa perit dibahu kanan.

Aku bukak mata mencari handphone dan mencari punca..Habis diselak segala selimut dan toto..tak jumpa..syak aku ini mesti lipan..takkan ular pulak mau kojol aku dekat situ je. Aku ingatkan dah lari ke hujung dunia lepas dapat menyengat aku. Rupanya 6.30pagi ada satu, bukan sekali tapi ada lima bekas sengatan kali ni di lengan kiri..

Aku bangun terus bukak lampu, memang ada seekor lipan yang sebesar kelingking aku panjang hampir sejengkal. Apa lagi, penyek la aku kerjakan.

Tak sakit ke sebab siap boleh mencari-cari?Nak kata tak sakit tipu nak kata sakit sangat takde la jugak..sakit tapi tak berapa sakit hehehe Tapi bukan kena sampai dua kali ke? yup dua kali yang mengganggu lena aku..satu panggilan untuk tahajud, satu panggilan untuk subuh.

Apa yang aku buat untuk menawar bisa?

Aku pernah membaca dalam sebuah buku perubatan herba, bawang putih sesuai digunakan sebagai penawar bisa. Caranya dengan mengambil seulas bawang putih ,dihiris dan sapukan pada tempat yang disengat. Alhamdulillah lena aku untuk kali pertama lepas disengat. 

Aku juga memang selalu menyediakan minyak panas untuk situasi macam ni. So minyak panas pun aku sapu jugak walaupun aku dah letak bawang putih tadi.

Bila disengat untuk kali kedua, aku tak sapukan pulak bawang putih. Kesan sakitnya terasa berpanjangan dari yang mula tadi. aku gak mintak tolong Bapak mertua aku menawar bisa lipan tu, maklumla orang tua-tua ni ada ilmu yang kita tak tahu..apa yang perasan dia amik air liur dari lelangit dia dan disapu pada kesan sengatan lipan tu.

Masuk hari kedua sakit dah tiada tapi kesan disengat tu masih jelas, kawasan disengat pun terasa sedikit mengeras.. kalau spidermen kena sengat dengan spider leh jadi superhero aku yang kena sengat sekali dua kiri kanan pulak tu takkan tak boleh jadi superhero kot??? hahahaha

Nantikan kemunculan aku: Lipanman

Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons