Sunday, February 17, 2013

CNY- Pekan Sabtu-Part I

Salam

Okay ada sawang dalam blog nih..

Sempena Cuti CNY yang lepas untuk minggu yang ketiga berturut-turut aku balik kampung, hari Jumaat lepas Mahgrib aku dengan adik aku bertolak. Jalan macam biasa tak teruk sangat 'jem' dah sampai Slim River baru start, maklum la jalan dari 3 link jadi 2 link je. Itu pun tahap lancar, macam biasa jugak ada je pemandu dengan sikap bengong yang memotong ikut lorong kecemasan. Kalau tengok no plate kereta ,W, S, antara yang paling suka melanggar peraturan siap bagi lampu suruh orang  ke tepi plak..ceh..

Cukup intro kot.. Post kali ni saja nak cerita keadaan dekat kampung. Aku kalau ada pasar/pekan sehari antara yang paling aku suka Pekan Sabtu dekat dengan Pekan Bota. Apa yang best pun tak tau, tapi memang tumpuan penduduk sekitar kalau nak mencari barang dapur pada hari Sabtu ni la..

Aku pun tak terkecuali kalau ke sini tak lain mencari ikan, sayur atau sekadar mencari kebab..istimewa sangat ke kebab kat Botey tu? takde la sedap sangat tapi dah jadi kebiasaan semenjak sekolah menengah lagi.

Dulu sebelum adanya Pekan sehari Sabtu ni, pekan tu dikenali sebagai Pekan Rabu sebab hari Rabu diorang meniaga kemudian ditukar hari Sabtu. Pekan Sabtu ni memang sesak walaupun bukan pada cuti umum, kalau cuti umum bertambah la lagi. Tambahan ianya 'mengganggu' laluan ke Kg.Gajah.

Salah satu sebab kenapa aku suka ke sini, kadang-kadang dekat sini la boleh berjumpa kawan-kawan lama. Sekadar bertegur sapa pun dah memadai.

Kalau raya memang penuh manusia, yang aku pelik sampai terkeluarnya entry kali ni CNY pun penuh dengan orang..dah macam raya Aidilfitri pulak. Ini la antara sebab kenapa aku suka kalau dapat bekerja dan menetap di kampung. Dunia aku biarpun kecil tetap luas dihati...semua ada.

Kalau Hari Ahad pulak ada pekan Ahad dekat Titi Gantung, Pekan Ahad ni dekat kawasan rumah aku. Meriah jugak tapi bila semua orang dah membeli pada hari Sabtu maka kurangla sikit orang yang datang sini.

Balik daripada Pekan Sabtu nampak ada kemalangan pulak dekat area rumah aku, aku berhenti menengok kalau-kalau kenal orang yang eksiden tuh. Ada dua biji motor terjatuh, berasingan..tapi disebabkan berhampiran aku ingatkan diorang eksiden sesama sendiri tapi lain-lain..macam pelik pulak kalau boleh jatuh sendiri..maybe ada kereta keluar dari simpang kot.

sempat lagi snap gambar

Aku bukan la sekadar menengok tapi membantu mengawal lalu lintas (sekejap je) sebab kawasan tu jalan utama menghala ke Lumut selekoh pulak tu. Kereta laju-laju beb..kalau takde orang yang bagi tanda silap-silap ada yang kena langgar kat tepi jalan tu.


Tak lama lepas tu ambulan sampai dengan polis..so dah nampak ada polis aku gerak la balik..tapi sebab menyangka polis dah sampai takde orang jaga jalan ada beberapa buah kereta hampir berlanggar dekat situ sebab tiba-tiba terpaksa ke kanan.

Ha baca tajuk ada part I maknanya ada la part seterusnya..huhuhu

Gambar untuk Pekan Sabtu aku terdelete pulak..kalau tak boleh gak tengok betapa sesaknya Pekan Sabtu masa CNY tu.Haiya...

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons