Monday, February 18, 2013

CNY- Mengungkit Kisah Lama- Part III

Salam,

Siapa antara kita yang tiada kisah silam?kenangan manis dan pahit..Ironinya semasa kita remaja kita sering ingin dewasa. Kononnya dapat kita lari dari masalah kalau kita sudah dewasa..manakala selepas kita dewasa kita sering mengangap zaman remaja la zaman yang paling manis..

Samaada bercinta, berkawan, berpisah masa remaja la yang paling indah..malah kalau diberi peluang kedua ramai yang ingin kembali ke zaman remaja. Kalau tanya pada aku, adakah aku ingin kembali ke masa silam? Yup..aku takkan betulkan kesalahan aku, sebab aku pada hari ni adalah apa yang aku bentuk pada masa lepas tapi kalau diberi peluang aku mahu perbetulkan hubungan aku dengan orang-orang sekeliling aku pada masa tu.

Okay bukan tu yang aku nak sharekan pagi-pagi bute nih..aku nak share ni..

beg ni pemberian ayah aku masa aku tingkatan tiga.masa tu kan zaman dragon ball hehehe



Ini adalah surat daripada bekas 'kawan-kawan', kawan baik, adik angkat, kawan baik yang dah bertukar status jadi isteri sekarang hehehe. Takde la banyak tapi inilah sebahagian yang mewarnakan hidup aku seawal umur 15 tahun..aku sekarang dah 29tahun so ada surat yang berusia 14 tahun masih tersimpan rapi macam semalam baru sampai ke tangan aku. Kebanyakannya dari perempuan la, orang laki mana nak tulis surat sangatkan..tapi tetap ada dari lelaki.

Mungkin aku ni jenis yang suka menghargai pemberian orang lain, tak kira la siapa dan apa barang yang diberi mesti aku simpan elok-elok..andai kata korang kutip batu tepi jalan pun kalau korang bagi aku insyaAllah batu tu akan berada dalam tangan aku selama mana aku hidup.

Bukan surat cinta je (ada ke surat cinta?) tapi surat dari kawan-kawan yang suka bercerita tentang kehidupan diorang. Cerita pasal parents, pakwe la, macam2 la. Banyak surat yang aku terima sampulnya memang kreatif..ada gak yang dibuat dari kertas iklan pasaraya hehehe kalau tengok je dah tau sapa yang hantar.

Kenapa pulak tetiba je keluar cerita ni? puncanya bersembang dengan isteri aku pasal cerita2 lama kami. Aku dengan isteri kenal masa kami tingkatan 4 di SMK DARY Bota Kanan, masa tu kami sekelas. Sembang punya sembang aku bukak la kotak sakti aku bawah katil..Setiap surat dengan tuan berbeza ada ceritanya..kadang-kadang ada muncung2 dari wajah isteri tersayang bila kena usik dengan aku pasal cerita bekas 'kawan' hihihi.

Seterusnya semua gambar kat bawah ni adalah kiriman dari isteri yang juga Sahabat pada masa dulu..Aku cari surat yang pertama isteri aku bagi pada tahun 2001 tapi tak jumpa pulak..malas nak bukak sebab ada antara surat-surat yang aku dapat unik cara lipatannya.

Ini antara yang terawal daripada isteri.



Buat sendiri tu..tu pasal aku simpan elok-elok.


hint dari isteri masa tu hahaha

cuba tengok dekat kek tu..lampunya menyala lagi

Untuk birthday yang ke 21 ni dapat kad yang sampai hari ni menyala dan berlagu lagi walaupun selepas 8 tahun berlalu!!! 


yang ni sebesar A3

pembalut hadiah isinya dompet Body Glove




Dalam banyak-banyak ini la yang paling cantik
siap ada gambar lagi:umur 24 masa ni..
Aku tahu jauh disudut hati apa yang aku simpan, apa yang aku cerita ade mengguris hati sang pencinta tapi dia juga memahami itu kisah lalu. Kisah masa remaja dan kenangan..kerana sekarang kisah lebih manis dicipta bersama malah lebih indah dari masa silam..Kadang-kadang tu bila berjalan kedepan sesekali teringin nak menoleh apa yang ada dibelakang..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons