Sunday, February 17, 2013

CNY - Lipan lagi - Part II

Salam,

Aku cuba pejam mata tapi tak dapat lelap..dah terlelap atas sofa tadi kemudian terjaga terus la mata tu tak mau pejam-pejam. So ada baiknya aku menulis dalam blog ni..

Masih lagi cerita pada CNY lepas.

Oleh kerana kampung aku dengan isteri hanya dalam 5minit perjalanannya, kami selalu la bergilir tidur dirumah masing-masing..Kalau malam ni tidur di Bota, malam esoknya tidur di Titi Gantung. Takde la istilah nak bergaduh balik beraya hahaha.

Dua minggu lepas ada aku buat entry pasal kena gigit dengan lipan, disebabkan dah terkena tu sebelum tidur aku sempat la angkat tikar getah dalam bilik aku tu..Bukan sekor tapi ada dua ekor lipan tengah bersantai bawah tikar tu.


Sorry la memang terpaksa aku bunuh sebelum aku yang terbunuh kena sengat pulak. Malam tu habis satu bekas garam mak aku kat dapur tu hehehe. Aku taburkan dibawah tikar getah tu..habis celah dinding dan lantai aku 'pagarkan' dengan garam.


Memang mengerikan bila tengok lipan-lipan tu, dah terbayang-bayang kalau terkena lagi gigitan berbisa diorang..pergh..sakit sedap orang kata hahaha

Kesan yang sebelum ni pun tak hilang lagi..terasa gatal dan kulit tu jadi menggelupas. Nasib baik la mak aku suruh picit dan jangan biarkan kulit tu keras je.. Alhamdulillah dah makin beransur kalau tak mungkin bernanah kot.

Berkesan ke guna garam tu?ntah la..mak aku yang suruh tabur..aku tabur jela..mungkin berkesan kot pasal garamkan selalunya pedih kalau kena dekat serangga..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons