Monday, February 25, 2013

Cerita Hari Ini

Salam,

Hari ni outstation yang kedua untuk tahun ni. Dah lama betul aku tak keluar dari office ni, dah tepu kepala duduk mengadap komputer je kerjanya sampaikan terpaksa aku gunakan spek yang tersangkut kat partition sebab mata dah mula pedih. Bila pakai spek mula la orang tanya "Ko pakai spek ke Faiz?" Yup aku memang pakai spek untuk silau dan mengadap komputer.

Destinasi hari ni ke Jelebu Negeri Sembilan, tugasnya mengambil gambar KSK Jelebu..nun jauh diceruk Negeri Sembilan.

Balik rumah dah lembik rasanya, tapi gagahkan jugak menjenguk blog sambil fikir nak menulis. Terdetik rasa nak tengok kamera yang tersimpan. Dipasang trigger...cuba klik kamera..tak berfungsi. Klik lagi tak menyala flash tu..mula hangin..hampir 50 kilk try and error masih tak berjaya. Sebelum semua barang dilambung ke siling baik simpan semua perkakas.

Mungkin badan tu penat, bila apa yang dibuat tak jadi cepat terasa nak marah. Tambahan pulak dengan masalah flash yang masih tak dapat setting untuk TTL..sangka buruk mula bersarang. Aku beli barang tak elok ke? atau aku yang terlampau bodoh untuk fahamkan setting flash tu???

Rasa nak tidur awal la malam ni..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons