Thursday, January 10, 2013

Tak Terkejor Yeop

Salam,

Apa yang tak terkejornye? Udah keluor Bahase Perok nye kih kih kih.. Teman memang kampung di Botey, tapi teman lebih suka mengaku teman dilahirkan di Tepeng. Pasai teman memang lahir disane, hospital Tepeng tu yang keluorkan surat beranok teman hehehe.


Well cukup le dengan loghat yang aku tak berape expert nak menyebutnya. Walaupun dilahirkan di Perak, Mak dan Ayah aku anak jati Perak tapi slang percakapan aku lebih bercampur-campur daripada Botey ke Hang nak pi mana? :)

Okay apa yang tak terkejarnya?

Last year dalam awal tahun, dengan semangat berkobar-kobar dapat la aku membeli smartphone Xperia Arc S menggantikan Xperia X8 aku. Xperia X8 ni adalah smartphone aku yang pertama disebabkan aku nak tahu apa itu android..Xperia Arc S pula adalah smartphone keluaran Sony Ericsson yang terakhir sebelum diambil alih dan dijenamakan semula sebagai Sony sahaja.


Baru je aku pakai Arc S tetiba keluar pulak highend spec daripada Sony dalam siri Xperia,Xperia S. Dah kelabu biji mata, tapi aku bukan cepat melatah bab ni. Arc S aku kaji sampai penghabisan dan mencapai tahap keboringan luar biasa. Hari-hari aku mengkaji laman forum XDA Developer, belajar macamana nak root smartphone ni, tahu apa itu Titanium Backup, tukar ROM dari Gingerbread ke Ice Cream Sandwich kadang-kadang ke Jellybean.

Dalam pemerhatian aku Rom Gingerbread adalah Rom yang terbaik bagi gamers, tapi sejak akhir-akhir ni apa yang ditawarkan oleh rom versi lain lebih menarik dan ada sesetengah aplikasi hanya sesuai dengan versi 3.0 dan ke atas..

So itulah masalahnya..hajat dihati memang la nak nak upgrade kejadahnya tapi...dengan kondisi Arc S yang menyakitkan mata sebab ada crack dihujungnya(problem satu dunia dengan design Arc S) dengan main game yang kerap lagging berbanding sebelumnya. Sudah semestinya aku mahukan lebih kelajuan tapi apa kan daya..tak highlight dalam wishlist untuk 2013 nih.

Sebenarnya dalam berbelanja terutamanya benda-benda macam ni kita kena ingat supaya tidak membazir. Ikut kemampuan sendiri..tapi kalau ada duit lebih tu terpulang la..tak perlu sampai terpaksa berlapar, apa lagi berhutang sekadar untuk mendapatkan sebuah smartphone. 

Aku bila tengok peti ais, mesin basuh, tv, sofa dan barangan rumah yang lain. Aku akan pandang smartphone aku ni...harga dia boleh beli peti ais. Hahahaha

P/S: Tak rembat rebat RM200? D*g* tengah buat promosi nampaknya..(ada udang disebalik mee goreng mamak)

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons