Monday, January 21, 2013

Semua Dalam Buku Kecil Ni

Salam,

Hari ni masa duk belek-belek beg yang lama tersimpan terjumpa pulak buku nota ni.. besar sikit je dari buku 555 hehehe.

Apa yang istimewa sangat dengan buku ni?

Actually itu la nota aku sepanjang beberapa tahun belajar dan dijadikan rujukan semasa aku bekerja di sektor swasta dalam bidang senibina sebagai seorang pelukis pelan sejati .

Cukup ke dengan buku sekecil itu?

Ya cukup..kecil tapi amat berguna sehingga la aku masuk berkhidmat sebagai kakitangan awam. Walaupun masih lagi berjawatan yang sama tapi ilmu yang sedia ada kian terhakis hari demi hari..





Sayang bukan?sekian lama belajar akhirnya berkulat dan membusuk begitu saja. So takkan aku nak biarkan je? buat masa sekarang tidak ada keperluan ilmu ini dalam bidang kerja. Aku takut kemahiran yang ada akan menambahkan beban dalam tugasan seharian. Sebab apa pulak? sebab pernah jadi dan aku sendiri dipanggil masuk dalam meeting bertujuan untuk renovation beberapa aras di Kementerian..

Masa dalam meeting, aku terus terang cakap pada pengerusi mesyuarat yang selama beberapa tahun ni kerja aku langsung takde berkaitan dengan pelan..apa lagi untuk menjalankan operasi yang besar..dengan ketiadaan arkitek sebagai pemantau mustahil untuk aku buat projek sebesar tu..alasannya mudah, kerja kontraktor bedasarkan lukisan tapi andaikata lukisan aku salah? 

So kalau yang diluar sana nak menjadi seorang pelukis pelan dengan kerajaan boleh le pikir sampai habis..kalau nak ade life ok..tapi kalau nak berjaya dengan skill yang ada boleh teruskan kerja dengan swasta..lebih banyak belajar. 

Paling menyedihkan walaupun ada sijil..gaji akan dibayar mengikut SPM...huhuhu

Renung-renungkan..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons