Wednesday, January 30, 2013

Rasa Kehilangan

Salam,

Hari ni aku dikejutkan dengan berita kehilangan seorang sahabat akibat kemalangan. Allahyarham ialah seorang cikgu di IKBN Temerloh. Setelah dua minggu baru aku mendapat berita..itu pun disebabkan aku tergerak hati nak turun pergi beli makan kemudian terserempak dengan seorang sahabat yang sama-sama bekerja dengan Allahyarham..

Aku kenal sahabat ni melalui kursus induksi KBS, walaupun perkenalan tu singkat tapi tetap mesra dan tidak hanya sekadar habis bila kursus berakhir. Allahyarham pernah menumpang tidur dirumah sewa aku semasa di Ampang dan aku dalam suka-suka berseloroh supaya dia membawa durian dari Temerloh sebagai buah tangan untuk aku.. Memang dibawanya durian dari sana disuruhnya anak murid dia yang cari.

Allahyarham mempunyai kenangan tersendiri dengan aku dan kami semua peserta induksi disebabkan sepanjang kursus induksi kami mengusik Allahyarham dengan kereta Hondanya yang mempunyai langsir didalamnya.

Paling menyentuh perasaan aku bila teringatkan Allahyarham baru saja melangsungkan perkahwinannya pada bulan Disember yang lepas. Terfikir aku sejenak..jika sebagai kawan yang jauh aku merasa sedih dan sebak apatah lagi orang yang terlalu rapat dalam hidup...



Al-Fatihah untuk sahabat. Semoga Allah menempatkan kamu dalam taman-taman syurgaNya Amin...

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons