Sunday, January 6, 2013

Kata Puji : Dunia Fotografi

Salam,

 Actually aku dah buat tajuk nih lama sangat dah, sekadar nak menyatakan pendapat aku sepanjang setahun jagung aku menjejakkan kaki dan tangan ke dalam dunia fotografi.

Sepanjang pemerhatian aku, dan kalau tidak silap memang pernah jadi satu perbincangan berkenaan perkara yang akan aku utarakan sebentar nanti..Hal macam ni sebenarnya kecil je tapi mungkin boleh mencetuskan perbalahan..apa lagi kalau tidak saling mengenali.

Okay so what's the problem?

Situasinya begini:

A : Post gambar dalam forum/facebook
B : "mabeles gambar lu bro"
C : "karya dari legem"
D : "memang terbaik la bro"

Hakikat sebenarnya



Gambar tersebut tak lawa mana pun. Noise bersepah. Kompo merapu. Horizontal Line senget.

Tapi kenapa gambar tersebut masih lagi mendapat pujian dan bukan kritikan?

Ada beberapa sebab diantaranya ialah :

  • Menjaga hati tukang ambil gambar tersebut 
  • Tak nak orang punya gambar merasa "down"
  • Kalau komen kritikan membina sekali pun tuan punya gambar akan cakap "gambar aku,ikut suka aku la..seni tu subjektif"

Pernah jumpa situasi macam ni? aku menyampah kalau ada orang komen gambar aku cantik walaupun sebenarnya cam cilake gambar tersebut. Apa lagi kalau komen dari-fotografer(orang yg ade dslr). Tapi kalau fotografer yang hebat well known komen bermakna gambar tu memang ada something wrong or something valueble dan komen mereka ni lebih jujur berbanding yang sekadar memuji..

Jadi adakah dengan memuji saja kita akan berkembang maju?jawapan aku pasti tidak sebab kita akan rasa bangga, akan rasa apa yang kita buat dah betul. 

Pernah ke aku terima kritikan kaw kaw?yup memang pernah. Kalau masa dalam forum DM, pernah kena kutuk dengan UAI sebab gambar aku memang hampeh..tapi masa post gambar tu aku rasa memang gambar aku dah cukup bagus..kemudian bila aku perhatikan semula, masih banyak yang kurang, masih banyak yang perlu dipelajari. 

Menerima teguran sama ada secara kasar, baik atau berkias semuanya menjadikan aku seperti hari ini.. Mampu mengutip beberapa ilmu dalam hal fotografi. Walaupun masih jauh ketinggalan, tapi mampu mengelakkan perkara yang menjadi asas dalam melakukan kesilapan.

Kadang-kadang sering aku berdepan dengan situasi komen aku dipadam, walhal bukan aku komen dan kritik pedas. Hanya sekadar menegur perkara silap yang pernah aku buat dahulu, aku re-cycle kan je apa yang pernah orang komen pada gambar aku dulu. Siap ada yang perli. Ini lah kuasa facebook, menyambungkan yang terpisah atau memisahkan yang disambung hehehe.

Oleh kerana situasi begini maka timbullah entry merepek kali ni.

aku tak nak jadi macam ni hehehe

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons