Thursday, January 10, 2013

Amanah dan Tanggungjawab

Salam,

Hari ni nak menaip entry yang ada unsur-unsur mengata orang lain dan menegur diri sendiri.

Bercakap mengenai tajuk entry Amanah dan Tanggungjawab. Bunyi macam serius je..Ya memang serius!!!
Aku bukanlah seorang yang tersangat amanah dan bertanggungjawab, tapi bukanla jugak jenis manusia yang cuba lepas tangan atau enggan bertanggungjawab, berani buat berani tanggung antara falsampah hidup aku sewaktu remaja.


Aku menaip ketika ini dalam konteks kerja. Yup kerja yang bagi ko gaji setiap bulan. Gaji yang ko bagi sebagai nafkah. Apa yang aku nak sampaikan?

Hari ni aku isytiharkan aku takkan sign terima sebarang surat yang masuk. Sekalipun takde seorang pun di office, aku takkan terima surat yang memerlukan sebarang sign pengesahan. 

Sebab apa?

Pagi ni Penolong Jurutera aku terima panggilan daripada konsultan, konsultan tu mendakwa surat telah diterima oleh aku, and of course la setiap surat atau dokumen yang dihantar oleh konsultan kepada Bahagian aku diorang akan minta pengesahan penerimaan. Kadang-kadang (mostly selalu) aku akan sign terima dengan alasan urusan konsultan terletak dalam tanggungjawab aku. (konsultan berurusan dengan pegawai atasan unit aku).

Jadi apa masalahnya kalau sekadar terima surat?

Masalah akan timbul bila surat atau dokumen tak sampai ke tangan orang yang sepatutnya dan yang telah sign penerimaan adalah aku. Sebab walaupun surat aku terima tapi aku kena beri pada person in charge untuk rekod surat tersebut dan urusan apa yang jadi pada surat tu seterusnya bukan urusan aku lagi kecuali la surat tu ada diminitkan kepada aku. 

See the problem? Soalan yang akan ditujukan kepada aku : Mana dokumen yang si anu /konsultan bagi?diorang cakap ko yang terima.

Kerja siapa terima surat/serahan dokumen?

Yang jelas bukan tanggungjawab aku! Pada mulanya aku tak kisah sangat, tapi bila terlalu kerap dan terpaksa dibebankan dengan tanggungjawab orang lain mula la hati ni membara. Apa lagi kalau keluar soalan macam tu,secara tak langsung aku seloah-olah dipertanggungjawabkan andai kata dokumen tu hilang.
You can point your finger at me but dont be surprise when something happen..

Apa yang ko kecohkan sangat?

Aku kecoh bila setiap kali menerima/membantu disebabkan ketiadaan orang yang sepatutnya.. Kemana orang yang dipertanggungjawabkan tersebut? Biar beliau sendiri yang menjawabnya. Kalau pergi solat, bercuti atau ada kerja lain mungkin tak mengapa tapi.......(sila isi tempat kosong)

Apa tindakan seterusnya?

Ko nak kerja ke nak melepak ke itu masalah ko..tapi kalau ko nak orang lain bertanggungjawab dengan apa yang ko buat baik la ko isi borang pindah, bagi gaji ko kat orang lain atau yang sama waktu dengannya .Masa ada bos pandai pulak ko duduk mengadap komputer ko, pandang sampai tembus screen komputer tu. Jangan ingat aku ni budak baik, kalau meletup nanti...

Sekian Terima Kasih,
Saya yang menurut perintah.

Reactions:

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons