Monday, December 31, 2012

Memancing :Aik dah terkena ke?

Salam,

Mengakhiri entry tahun 2012 ni dengan cerita yang pelik dari aku. Apa yang peliknya?

Sesampai aku ke rumah mertua dari Cameron Highland, belum lagi panas punggung aku duduk perut tetiba rasa memulas..hajat asalnya nak ke tandas la melepas hajat.tapi sebelum tu bertanya kemana perginya abang ipar dan biras aku? kakak ipar aku jawab diorang meancing udang galah dekat belakang pam pasir. 

Oleh kerana rumah mertua aku jenis kampung dulu-dulu yang mana tandasnya dibawah dan dekat luar, aku pun keluar..tak sedar langkah kaki aku menuju ke pam pasir..tak sedar jugak aku dah bersama diorang..tengok diorang memancing.aku rasa aku la orang paling smart pakaiannya dekat tepi tebing Sungai Perak tu.

Dari perut memulas tadi terus masuk balik wakakka..Aku turut join sama walaupun bukan aku yang memancing..memang tak sedar langsung yang aku duduk situ dari senja bawak ke jam 9 malam. Ada ke hasilnya?pasti ada..udang galah kaki biru dengan ikan belida..pergh memang teruja.


habis dekat situ je ke?belum lagi.....

Keesokan harinya..actually adik beradik sebelah isteri nak buat sedikit kenduri tahlil pada hari Ahad..jadi hari Sabtu kami pergi la membeli barang keperluan untuk memasak. Sampai ke Batu Gajah kami pergi mencari barang dapur..selesai membeli barang keperluan kami pun balik la..

Abang Ipar aku dengan Biras aku ajak singgah dekat kedai peralatan memancing nak mencari umpan..katanya untuk umpan udang galah hari ni..aku pun turun tengok dekat dalam kedai tu sebab mulanya aku nampak ada arnab yang comel..kononnya nak tanya harga mana tau aku boleh bela..masuk je dalam kedai aku nampak biras aku membelek batang pancing..

Bila aku datang dekat dia aku tengok harganya takdela mahal..rm50 pun boleh dapat.sebab dalam kepala aku nih sentisa membayangkan peralatan pancing mesti mahal harganya..terus terlintas..why not? ya kenapa tidak aku sendiri ada satu batang pancing?? terus misi berjalan..aku kembali ke kereta dan...

"Yan..rasa macam nak batang pancing satu la..harga pun murah je baru rm50.." kata aku kepada isteri aku yang tengah bersama-sama yang lain dalam kereta...ayat baik dari aku sebebnarnya bertujuan membodek..hahaha

Melihat suaminya yang membodek dengan muka comel, isteri aku pun setuju membelikan sebatang joran sebagai hadiah hahahaha..

Abang ipar aku yang memilih dan mengajar aku petua bagaimana nak memilih batang joran yang sesuai dengan aku..Walaupun aku bukan seorang yang percaya kepada petua yang pada aku agak mengarut, tetapi memang terbukti atas petua yang diberi, batang pancing aku senang kena... Apa yang meyakinkan aku?
senyum sampai ke telinga dapat joran

Biras aku pada masa yang sama dengan aku turut sama membeli sebatang joran, bezanya aku mengikut petua yang diberi oleh abang ipar aku yang juga kaki pancing. 

3hari berturut! aku ikut sama memancing..dan 3hari berturut juga batang pancing aku disambar ikan (udang galah je belum lagi)..tapi 3hari juga batang pancing biras aku tak mengena..Apa Petuanya?RAHSIA.

Adakah ikan atau udang Galah yang mengena atau aku sebenarnya yang dah terkena pancing?sama-sama kita tengok aku akan terus memancing atau sekadar mencuba sesuatu yang lain hehehe.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons