Thursday, December 13, 2012

Lelaki seterika muka sangka telefon

EBLAG (Poland): Seorang suami yang cuba meyakinkan isterinya dia mampu melakukan kerja rumah ditimpa malang apabila secara tidak sengaja menyeterika mukanya sendiri.
Tomas Paczkowski, 32, menyeterika sambil menonton perlawanan tinju di televisyen.

Kerana terlalu asyik menonton, dia tanpa sengaja tertekan seterika panas ke wajahnya apabila mendengar bunyi telefon.
Paczkowski ditimpa malang sekali lagi kerana ketika berlari ke bilik air untuk menjirus air sejuk ke mukanya, dia terhantuk pintu.

Paczkowski mencederakan diri selepas ingin membuktikan kepada isterinya, Lila dia boleh melakukan kerja rumah sebaik isterinya itu. “Saya memutuskan menyeterika pakaian ketika Lila keluar bekerja untuk membuktikan saya juga boleh melakukan kerja rumah.

“Wanita selalu melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, jadi saya menghidupkan seterika, membuka botol bir sambil menonton perlawanan tinju di televisyen,” katanya.
Dia juga memberitahu matanya lebam akibat terhantuk di pintu.

“Rupa-rupanya sukar untuk melakukan kerja rumah. Saya benar-benar menghormati apa yang dilakukan isteri selama ini,” katanya. - TS


Hahahaha apa pengajaran pada cerita ni? 
jangan la bila orang tanya "isteri ko kerja apa?" korang pun jawab "dia TAK KERJA..suri rumah je" 

Lagi berat kerja suri rumah, 365 hari 24jam, tak macho la kalau biarkan isteri buat kerja dapur sorang-sorang korang duk depan tengok tv.. hehehe

Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons