Monday, December 31, 2012

Cameron Highland Part III : Another Story

Salam,


Esok sudah masuk tahun baru Masehi dan cerita aku kian lapok ditelan masa. Bagi mengakhiri tahun 2012 dan menjemput tahun 2013 datang rasanya elok kalau aku tutup dengan entry terakhir perjalan ke Cameron Highland aku nih.

Aku nak buat seringkas mungkin cerita bosan aku ni sebab aku sedang mengejar masa supaya mengangkat punggung dari office ni bila aku sedar yang tinggal hanya aku sorang je hehehe.

Pagi tu sebelum balik sempat aku dengan isteri singgah di Bee Farm, rancangan asalnya nak ke Pasar Kea farm mencari sedikit buah tangan tapi sebab aku tengok dah berderet kereta sepanjang jalan terus aku cakap kat isteri supaya cancel je rancangan tu wakaka..


Bee Farm ni memang best pada aku, kita boleh tengok macamana sarang diorang..bukan macam sarang lebah liar..tapi hanya dalam bentuk kotak 4segi..masuk adalah percuma. 

info lokasi :The Ee Feng Gu Honey Bee Farm at Kea Farm, Brinchang, just along the main road after Butterfly .


Memang seronok dapat berjalan dalam Bee Farm nih, sambil tengok Lebah sambil tengok pokok bunga. Jangan la pulak korang bayangkan tempat ni tersangat best..tempat ni biasa je, tapi aku memang suka tempat yang biasa-biasa dari yang luar biasa sebab tak ramai orang sangat..pendek kata aku bebas nak amik gambar tanpa gangguan dari orang lain. agak lama aku singgah disini. Seronok amik gambar sebenarnya. 


Dalam pada aku terleka mengambil gambar aku dihadiahkan satu sengatan comel oleh lebah yang mungkin merasakan dirinya terancam..melekat dekat hidung..nasib baik la tak bengkak besar..macam kena gigit semut api je..bengkaknya pun tak nampak..Alhamdulillah.
 



Sebelum balik, aku u-turn semula ke pasar Kea farm tempat yang dekat dengan selekoh  yang memang biasa ramai singgah dekat situ. Mulanya aku heran tengok apsal banyak pulak tempat kosong yang boleh aku parking rupa-rupanya polis dah keluarkan saman..tak jadi aku nak parking tepi jalan tu..kena la aku mem'blah'kan diri dari situ, tapi nasib baik dapat parking dekat Hotel kea Farm yang dah memang dekat sangat dengan tapak pasar.

Selesai membeli dan membelah pasar, dengan plastik penuh ditangan sampai la masa mem'blah'kan diri pulak...

Tapi cerita tak habis dekat situ..alasan untuk singgah ke toilet rupanya membawa kepada membeli dan membelah lagi hehehe..kali ni kami singgah di Rose valley kalau tak silap aku..kawasan yang ada kebun bunga ros..  cantik tempat ni.cuma aku dah pernah masuk so kali ni cuma singgah membeli Teh yang terlupa nak beli masa singgah dekat pasar tadi.

Okay kali ni betul-betul nak balik..santai je perjalanan tanpa mengejar apa-apa. Siap sempat singgah tepi jalan untuk melihat pemandangan bukit bukau yang mengasyikkan.kawasan ni kalau sunset memang cantik..


Adakah ini entry terakhir pada tahun ni?Mungkin ya..dan mungkin akan ada cerita yang lebih menarik lagi?Rasanya mungkin sempat aku buat satu entry lagi berkenaan minat baru aku sebelum menutup tirai tahun 2012 ni.

Mana Gambar?cakap banyak amik gambar : Tahun Depan la ye

update : 20/01/2013

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons