Sunday, December 30, 2012

Cameron Highland Part II

Salam

Sepatutnya aku keluarkan cerita pasal Cameron Highland part II ni semalam tapi ada isu yang lebih penting untuk aku cover daripada cerita holiday aku yang tak berapa penting nih hehehe

Okay untuk part II ni lebih kepada cerita pendek suasana malam di Cameron yang wow bestnya..dingin je..kalau masa sejuk-sejuk nih best gak kalau dapat pekena steamboat..tapi sayangnya (aku tak tau kat mana ada kedai steamboat melayu/muslim) kebanyakan yang aku jumpa dekat pekan Brinchang ni kedai chinesse..berselera je aku tengok diorang duk pekena steamboat time hujan renyai+sejuk beku..

Ini adalah kali pertama aku bermalam disini dan menikmati suasana malam yang terbest setakat ni dalam hidup aku (kesian). Cuaca yang sejuk ditambah hujan renyai berjaya membuatkan aku menggigil menahan suhu yang rendah. Dalam pada itu agak hairan melihat ada jugak pengunjung yang hanya berbaju nipis..mungkin penduduk dekat sini yang dah biasa..Aku ni duk kat kampung panas, dekat Putrajaya pun panas.


Berjalan ke pasar malam di pekan Brinchang ni memang seronok, rambang mata..tawaran harga strawberi,teh dan macam-macam lagi memang terasa laju je nak keluarkan dompet. Macam pasar malam ditempat lain, apa yang unik dekat sini mungkin hanya strawberinya saja..atau mungkin jualan lelong teh, atau mungkin saja strawberi coklatnya..atau tawaran jagung mutiara yang sedap dimakan begitu sahaja walaupun tak masak lagi.

Aku dgn isteri suka beli madu yang dalam paket kecil sebesar straw..sambil jalan-jalan sekitar pasar malam sambil menghisap madu.dah macam lebah pulak huhuhu.

Malam tu kami cuma beli 4biji bantal strawberi, setelah tawar menawar dengan towkey hehehe boleh la nanti ditabur bantal strawberi tu dekat lantai rumah aku..best best best..

Akhirnya sebelum masuk semula ke hotel, kami singgah makan di food court berhampiran hotel. Perut lapar+sejuk, makan apa pun sedap dan menyelerakan..

gambar : akan di update kemudian..

update gambar 20/01/2013

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons