Wednesday, December 26, 2012

Cameron Highland Lagi: Update Gambar

Salam

Entry sebelum nih duk bercerita nak bercuti, ada sebut-sebut Cameron Highland akhirnya memang sampaila kesana..

Oleh kerana kami dah berada di Tapah, perjalanan kami naik ke atas mengikut Jalan Pahang iaitu dari Tapah-Cameron. Jalan pada ketika ini dalam proses pembaikan cerun akibat tanah runtuh. Dari Tapah terdapat Lata Iskandar yang boleh dijadikan hentian rehat sebentar sebelum terus naik ke atas.

Jalan ni jugak agak bahaya sebab sempit dan aku sendiri nyaris MAUT akibat daripada lori treler yang dah 'makan' side sebelah aku. Mujur aku slow dan sempat brek, kalau tidak blog ni takde la bercerita. Dah nampak depan mata treler tu betul-betul menghadap kereta kami.

Bezanya dengan lawatan sebelum ni, kali ni aku dengan isteri bermalam disana.. Tempat pertama dituju untuk singgah ialah Bharat Tea Plantation dekat Tanah Rata..

Kalau ikutkan dah 3kali sampai ke sini, dari sayup kelihatan air terjun (macam sistem perparitan je hehehe) siap dengan pondok tapi tak pernah pulak kaki ni melangkah sampai ke sana..maklumla jarak tu dah jauh,kemudian nak mendaki naik semula tu yang penat. Lagi pun hari tu awan nampak gelap takut tak sempat sampai habis kuyup pulak nanti.

Sempat juga aku dengan isteri minum teh tarik dengan lemon tea apa ntah (yang rasanya agak pelik). Memang agak mahal harga minuman tu, untuk dua cawan harganya dah rm9..tapi suasana dingin, pemandangan melupakan kos menikmati secawan teh tarik..nikmat beb.

Untuk hari pertama setelah daftar masuk hotel,perjalanan diteruskan ke Cactus Valley di pekan Brinchang sempat lepak minum sunday dengan strawberry juice yang sunggggggguh la sedap.



Dalam pada masa berjalan-jalan kami tertarik dengan pokok kaktus yang comel dan memborong (ala Rm10 dapat 6 pokok hehehe)




Lepas pada tu kami pergi S Corner Kea Farm (dekat dengan Cactus Point) yang first time kami singgah. Sebelum ni S Corner belum siap rasanya..apa yang menarik dalam S Corner nih ialah didalamnya terdapat lebun cendawan..first time gak ni duk tengok secara dekat macamana cendawan tu ditanam.


Ada banyak lagi nak dikongsikan tapi cukup la dulu..gambar wedding pun tak habis edit lagi nih..gambar untuk trip kali ni akan menyusul kemudian hehehe..

UPDATE 27/12/2012: Letak Gambar Pulak.
Note Semua gambar bagi entry kali ni hanya menggunakan Kamera Smartphone Xperia Arc S. Gambar dari DSLR Nikon D90 mungkin dalam next entry.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons