Monday, November 26, 2012

Isi Borang Tukar

Salam,

Akhirnya aku pos kan juga borang mohon pertukaran yang dah bebarapa bulan terperuk dalam laci akibat menunggu masa yang sesuai berjumpa boss untuk minta tandatangan.

Sebenarnya dah lama aku nak minta tukar ni, supaya dekat dengan isteri dan keluarga. Sebelum ni isteri aku yang isi borang pertukaran tapi tetiba aku ubah fikiran..aku yang patut bertukar.

Actually bukan ada permasalahan dengan tempat kerja, rakan sepejabat, boss atau sesiapa saja tapi lebih kepada memikirkan soal masa depan hidup berkeluarga.. apa akan jadi kalau diberikan rezeki dengan kehadiran cahaya mata, aku selaku ayah tiada mengawasi, mendidik anak-anak? pasti tugas tersebut sukar buat isteri aku.

Aku sedar bukan mudah untuk bertukar, memohon pertukaran amat senang..tapi untuk mendapatkannya?? ada teman sepejabat sudah 6tahun tinggal berasingan dengan isteri dan anak-anak. bukan sekali dua permohonan pertukaran dilakukan, banyak kali.. Malah sehingga 'memanjat' Kementerian Pelajaran pun sudah..(isteri dia guru jQaf)

rintihan hati seorang suami

Perenggan ke empat adalah perenggan yang paling patut dinilai dan dilihat secara serius. Berkaitan hubungan suami isteri yang mungkin goyah dan takut lari dari nilai-nilai dan batasan agama kerana kita sebagai manusia biasa mungkin saja tergelincir dengan godaan syaitan. 

Ya Allah Ya Tuhanku Kau kuatkanlah keimanan kami suami isteri agar taat dengan perintahMu serta menjauhi laranganMu.

Aku mengambil pendekatan mudah, redha dengan ketentuan..Allah tidak menguji kita manusia dengan sesuatu yang kita tak mampu untuk ditanggung. Semua ini adalah jalan ketentuan Allah dan kita juga jangan lupa untuk terus berusaha.

Apa pun harap apa yang aku usahakan akan ada khabar yang baik..mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons