Wednesday, October 3, 2012

Zaman Gelap Digital Mukmin


Salam..

Sebenarnya berat dihati aku nak buat entry kali ni..

Berkenaan dengan Forum yang pernah ceria dengan posting-posting gambar..pernah ceria dengan ukhuwah ahli-ahlinya..

Digital Mukmin (DM) adalah satu forum Fotografi diasaskan oleh Ustaz Azhar Idrus..selain dari berkongsi gambar ahli boleh bertanyakan soalan keagamaan..lain daripada forum lain..

DM menetapkan hukum Islam dalam setiap posting dengan 'rule' mengikut kehendak agama lebih dahulu dari kehendak manusia.

DM juga adalah forum pertama aku dalam fotografi, forum pertama yang menemukan aku dengan insan-insan hebat dalam fotografi, forum pertama yang menjadi guide line kepada aku dengan menetapkan garis panduan sebagai seorang muslim dalam bidang fotografi.

Kenapa aku cakap forum DM menjadi guideline aku? sebab DM menetapkan setiap posting tidak boleh melanggar ketetapan syariat contohnya berkenaan isu aurat..

Ramai beginner selalunya akan terikut-terikut untuk shoot model kebanyakannya perempuan untuk dijadikan subjek..tak keterlaluan kalau aku highlight kan disini model perempuan samada dalam kategori model Muslimah atau tidak selalunya tidak akan menepati kehendak syariat.(aurat bukan hanya pada perempuan tapi sama juga kepada lelaki)

And of course  model-model ni mesti cantik..kalau tak cantik sape nak bagi jadi model ye dak? so adakah gambar tu cantik kerana kemahiran kameramen atau kerana kecantikan model tersebut?fikir-fikirkanla ye.


Okay habis bahagian pengenalan.....

Isu dalam entry kali ni berkaitan dengan kekurangan sambutan daripada ahli-ahli forum sendiri malah 'tuan rumah' juga seakan-akan telah 'membiarkan' forum yang dulu meriah.

Ada yang berpendapat dengan adanya facebook, ramai dah beralih arah sebab audiencenya mudah didekati,mudah untuk mendapat reaksi terus terhadap gambar dalam setiap posting, malah lebih mudah berbincang dan sebagainya. Group Photo di FB juga tumbuh dalam pelbagai genre fotografi, macro la, landskap la (aku jugak dengan rakan-rakan ada satu group FB) Itu belum diambilkira 'tuan rumah' mengabaikan forum tersebut akibat terlalu sibuk dengan urusan dakwah beliau.

Keadaan macam ni membuatkan DM sebagai salah satu forum perkongsian gambar seperti kehilangan fungsinya,ditambah dengan keadaan ahli sendiri yang beralih arah,aku sendiri hilang semangat untuk posting setiap keping gambar..niat untuk berkongsi,mendapat kritikan,komen dan maklumbalas kelihatan tak releven lagi dalam forum.

Politik dalam Forum

Ini bukan politik kepartian ye..tapi lebih kapada hal-hal dalaman sesama ahli..biasa la bila dah berkenalan, ramai pulak tu masing-masing ada pandangan dan melihat dari sudut berbeza akan timbulla cerita yang tak sedap didengar. (pasti ramai yang tak setuju dengan aku dalam isu ni) tapi itula kebenarannya.

Bagi aku perkara macam ni tak patut berlaku,contohnya (terjadi pada aku sendiri) dulu ada la aku postingkan something yang tak elok dalam blog aku ni..sebab aku terlalu marah (yes anger get the best of me that time) tetiba ada plak yang menyampaikan pada Ustaz Azhar..

Cukup aku katakan, they cross the line..sepatutnya perkara peribadi aku,hidup aku dalam dunia nyata tak perlu dibawa ke dunia forum,orang yang aku kenal dari forum, bukannya aku kenal dalam dunia nyata..apa lagi ketika tu terus mendapat teguran dari Ustaz sendiri.(thanks UAI sebab tegur kekhilafan tersebut)

Pengajaran yang aku dapat daripada kejadian ni, aku tak kenal diorang sangat dan diorang tak tahu siapa aku sebenarnya.

The Spammer

Yang ni paling aku benci bila jadi dalam forum, terlampau banyak..dulu ade la dicuci tapi sayangnya...sedih tau tengok forum yang aku sayang jadi macam ni..Boleh tekanan mental tengok serangan dahsyat dari spammer ni..nasib la aku tak pandai bab komputer nih, kalau tak aku mintak Ustaz jadikan aku sweeper dalam forum tu..biar aku sapu perabih spam-spam..argh!!!! (terlebih sudah)


Admin juga dah buat satu stickey thread untuk report spam, cuba tengok yang aku tanda dengan garisan merah tu semua thread spam..

Kalau la spammer dapat dikerjakan habis-habisan aku rasa forum akan kembali meriah.(Mungkin)


Penyelesaian 

Kalau kita cuma tahu mengkritik tanpa memberi pandangan bernas rasanya tak guna jugak. Pendapat aku, untuk menyelesaikan masalah begini ialah:-

-Melantik Moderator untuk setiap satu thread utama.
-Mod berkenaan akan ditugaskan mengawal thread-thread supaya kekal bersih daripada anasir-anasir tak elok
-Thread-thread Spam mesti dibersihkan sebersih-bersihnya


Mungkin kalau ada readers yang tersinggah sini ahli forum DM, boleh la kongsi apa yang dapat membuatkan DM kembali menjadi medan ilmu fotografi..

Reactions:

1 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons