Wednesday, October 24, 2012

Kepelbagaian Jenis Riba – Himpunan Hadis-Hadis dan Fatwa


Assalamualaikum,
Hari ni nak post entry keagamaan sikit, supaya kita masing-masing dapat manfaat.
Actually artikel ni aku cari sebab adanya perbincangan berkenaan isu riba dipejabat hari ni. 
Boleh baca dan fahami kalau nak keterangan lebih lanjut boleh bertanya pada uztaz-ustaz yang lebih arif..dan mohon kalau ada yang tersilap disini supaya ditegur (bersama sumber sahih). Moga-moga ada keberkatan bersama.


Larangan dan Dosa Riba
Rujuk surah albaqarah (lembu/sapi betina) ayat 275 sehingga 279.
- pengambil riba itu mereka secara terang ishtihar perang dengan Allah dan Rasul
- akibat dari riba – kekal sebagai ahli neraka
Rujuk surah Ali Imran (keluarga Imran) – ayat 130-131
- Larangan mengambil riba berganda-ganda
- peringatan bahawa neraka itu hanya disediakan kepada mereka yang ingkar (kafir)
Antara yang disarankan nabi kita berkaitan riba adalah dari hadis yang diriwayatkan dari Jabir :
Rasulullah melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah.
(Muslim)
Pemakan Riba itu ada 4 golongan
1 – Mengambil riba
2 – Memberi riba
3 – Menjadi penulis/pencatat saksi kepada transaksi riba
Satu kenyataan yang sama oleh baginda Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifa
Nabi melaknat wanita yang membuat tatu dan seorang yang ditatu , dan seorang yang menggunakan riba dan seseorang yang memberikannya. Dan baginda melarang mengambil harga anjing dan wang yang diperolehi dari pelacuran (perzinaan) dan melaknak pembuat-pembuat gambar.
(Bukhari)
Nabi Muhammad telah mengishtiharkan bahawa di sana ada 70 jenis atau bentuk riba :
Abu Huraira meriwayatkan Pesuruh Allah bersabda : Riba mempunyai 70 bahagian, yang paling ringan (dosanya) adalah bersamaan dengan seorang lelaki mengahwini ibunya sendiri (yang mana ini adalah bahasa yang lembut yang digunakan nabi dalam menggambarkan perzinaan/kelakuan kelamin antara seorang lelaki dan ibunya sendiri)
(Sunan, Ibn Majah)
Mengenal Jenis-jenis Riba
Walaupun Saiyidina Umar Alkhattab dalam satu satu riwayatnya, beliau hampir dalam nada keluhan di atas fakta bahawa Nabi pergi tanpa menceritakan secara spesific kesemua jenis-jenis riba yang wujud :
Ibn Umar meriwayatkan : Umar telah memberikan khutbah di atas mimbar Nabi dengan berkata : … Aku mengharapkan Pesuruh Allah (rasululloh) tidak meninggalkan kita sebelum beliau memberikan kita keputusan yang jelas berkaitan 3 perkara , berapa banyak seorang datuk boleh mewarisi (cucunya) , pusaka dari al-kalala (seorang yang mati yang tiada dari warisnya dari kalangan ayah atau anak lelaki) dan kepelbagaian jenis dari riba.
(bukhari)
Tetapi di sana, kita mendapati pelbagai hadis dari pelbagai riwayat dari sahabat-sahabat Nabi yang sampai kepada kita.
Maka dengan itu, kita berusaha untuk mengumpul pelbagai jenis riba yang ada agar ianya menjadi pedoman dan pembantu untuk kita memahami realiti yang ada hari ini, agar kita lebih mendekati redha Allah dalam menjauhi larangannya yang paling keras dalam urusan dunia ini.
Punca Riba
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa Abu’z-Zinad mendengar Sa’id al-Musayyab berkata,
“Riba terdapat hanya dalam emas dan perak atau apapun yang ditimbang dan diukur (takaran) oleh makanan dan minuman.”

Kepelbagaian Jenis Riba

1 – Manfaat Hasil Pemberian Hutang (keuntungan/lebihan)
Sebagai contoh suatu hadis berkaitan riba yang dirujuk dari Abdullah Bin Salaam, seorang bekas rabi Yahudi terkemuka yang hidup pada zaman Nabi yang memeluk Islam, menghuraikan bentuk riba seperti berikut :
a – Abu Burdah ibn Abi Musa berkata : aku telah datang ke Madinah dan telah bertemu dengan Abdullah ibn Salaam (Rabbi yahudi yang telah memeluk islam) yang mana beliau berkata : Kamu (sekarang) hidup di negara yang mana riba adalah berleluasa, jika seseorang berhutang kepada kamu seseuatu dan memberikan kamu seberkas jerami, atau seberkas barli atau seikat jerami , jangan kamu menerimanya kerana ia adalah Riba.                                     (Bukhari)
b - Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah bersabda : Jika kamu memberikan kepada seorang kelaki pinjaman dan dia menjemput kamu makan, janganlah makannya. Tetapi bila dia menjemput kamu sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh makan. Dan sekali lagi baginda bersabda : jika kamu memberikan seseorang lelaki pinjaman dan dia menjemput kamu menunggang di atas binatangnya, jangan kamu mengambilnya . Tetapi jika dia menawarkan kamu menunggang di atas binatangnya, sebelum (pinjaman ) dibuat, maka kamu boleh menerimanya. (atau seperti begitu sabda baginda – alih bahasa)        (Sunan Albayhaqi – Jilid 5 – Hadis 10955 – Sunan Alkubra – Bab 97 – Setiap hutang yang ada lebihan/manfaat maka ia adalah Riba)
c – Anas bin Malik juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : jika seorang lelaki memberikan pinjaman pada seseorang,dia tidak sepatutnya menerima hadiah (dia tidak boleh terima hadiah dari penghutang dalam keadaan hutangnya masih tidak dilangsaikan,tetapi dia boleh bila pinjaman tersebut sudah dibayar kepadanya)                             (Bukhari)
d – Fadalah ibn Ubayd berkata  : keuntungan (imbuhan/kelebihan/manfaat ) yang didapati sesuatau pinjaman adalah satu dari kepelbagaian aspek dari RIBA.                        (Sunan Al-bayhaqi) – mauquf – hadis 10933 – Jilid 5 – Sunan Alkubra - Bab 97 – Setiap hutang yang ada lebihan/manfaat maka ia adalah Riba)
2 – Bayaran dalam bentuk penangguhan , bukan tunai (cash)
a  - Usamah bin Zaid bin Haritsah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : Sesungguhnya, riba itu terjadi pada penagguhan waktu pembayaran.
Dari Usama bin Zaid : Nabi bersabda : tiada riba melainkan di dalam nasiah (penangguhan/menunggu) .        (Bukhari)
b  - Samara b. Jundub meriwayatkan bahawa Nabi melarang menjual binatang-binatang untuk binatang-binatang bila pembayarannya dibuat pada tarikh yang dilewatkan (ditangguhkan pembayaran / pemberian binatang yang ingin ditukar/dijual)
(Tirmidhi, Abu Daud , Nasai , Ibn Majah , dan Darimi)
c -Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar bahawa seorang lelaki berkata kepada yang lain. ‘’ belilah unta ini bagi saya segera supaya saya boleh membeli dia daripada anda secara berhutang.’’ Abdullah bin Umar telah ditanya tentang itu dan dia tidak bersetuju dan melarangnya.  (Muwatta Imam Malik)
d – Yahya kepada saya dari Malik yang dia telah mendengar yang al-Qasim ibn Muhammad ditanya mengenai seorang lelaki yang membeli barang-barang untuk 10 dinar secara tunai atau lima belas dinar secara berhutang. Dia tidak setuju dan melarangnya.
Malik berkata bahawa jika seorang lelaki membeli barang-barang dari seorang lelaki dengan 10 dinar tunai atau 15 dinar secara berhutang, bahawa satu daripada dua harga menjadi kewajipan si pembeli. Ini tidak harus dilakukan kerana jika dia menangguhkan membayar sepuluh, ia adalah 15 secara berhutang , dan jika dia membayar sepuluh, dia akan membeli dengannya apa ada lima belas dinar bernilai secara berhutang.
e –  Riwayat Imam Malik : Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar bahwa al-Qasim ibn Muhammad berkata,
“‘Umar ibn al-Khattab berkata, `Dinar untuk dinar dan dirham untuk dirham dan sa’ untuk sa’. Suatu yang akan diambil kemudian tidak boleh dijual dengan sesuatu yang ada di tangan.’”
Bukan dari jenis riba jika ianya dalam bentuk hutang @ gadai
a – Aisah (isteri nabi , ibu kepada orang-orang beriman ) berkata bahawa Pesuruh Allah telah membeli makanan berbentuk bijiran daripada seorang yahudi di atas asas penangguhan bayaran dan perisai baginda dijadikan gadaian. ( Bukhari, Muslim ) Beliau berkata bahawa ketika Pesuruh Allah wafat , baju besi baginda digadai kepada Yahudi untuk 30 sa’ dari barli ( sa’ adalah sukatan bagi berat – dalam bahasa kita – gantang )
3 – Menipu 
a – Anas ibn Malik berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda : menipu seorang mustarsal ( seseorang yang tidak tahu akan harga pasaran) adalah riba.                                   (Baihaqi)
b – Abdullah bin Abu Aufa berkata : Seorang lelaki memaparkan bebrapa makanan di pasar dan memberikan sumpah palsu bahawa beliau ditawarkan sedemikian (harga) untuk semua walaupun dia tidak ditawarkan dengan harga sedemikian. Kemudian turun ayat dari Allah : Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mencsucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih) (3 : 77) Ibn Abu Aufa menambah : Manusia (yang didihuraikan di atas) adalah khianat/tidak jujur , pengguna kepada riba.   (Bukhari)
c – Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah telah datang kepada satu timbunan bijiran dan , bila bagina memasukkan tangannya kedalamnya, baginda merasakan kelembapan pada tangannya, maka bagina bertanya kepada pemilik bijiran bagaimanakah ia datang. Bahawa diberitahu yang hujan telah turun ke atasnya , baginda berkata : Mengapa engkau tidak meletakkan yang lembab itu di bahagian atas yang dengannya manusia boleh melihatnya? Dia yang menipu tidak ada kena mengena dengan aku.   (Muslim)
d - Wathila b. Al-Aqsa berkata bahawa beliau mendengar Pesuruh Allah berkata : jika seseorang yang menjual suatu bahan yang cacat/rosak tanpa memberikan perhatian terhadapnya (ketika menjualnya) , dia akan kekal di bawah kemurkaan Allah atau para Malaikat akan berterusan melaknatnya. (ibn Majah)
e -
”….maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barangnya dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya…” ( 7 : 85 )
”wahai kaumku cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hal-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan.” ( 11 : 85)
”Dan janganlah kamu merugikan(kurangkan) manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu marajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan.” (26 : 183)
4 – Agen Menaikkan harga jualan (pembida yang diupah )
Dari Abdullah ibn Abi Awfa : Nabi bersabda : seorang najish ( seseorang yang berkhidmat sebagai agen untuk membida harga pada majlis lelongan) adalah dikutuk (dilaknat) sebagai pengambil riba.
5 – Menyorok stok untuk jadikan harga barang naik
a – Ma’mar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah berkata : jika seseorang menyimpan barangan sehingga harganya meningkat, dia adalah seorang pendosa (berbuat dosa).  (Muslim)
b – Umar meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : Orang yang membawa barangan untuk dijual akan dirahmati (disayangi) dengan nasib yang baik tetapi orang yang menyimpannya sehingga harga meningkat adalah dilaknat.  (Ibn Majah, Darimi)
 6 i – Barang yang sama jenis tetapi tidak sama berat (contoh menjual emas tempa dengan harga emas lebih tinggi)
a -“ Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari Abdullah Ibnu Dinar dari Abdullah Ibnu Umar bahawa Umar Al-Khattab berkata
janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang,janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang, seimbang,janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan sesuatu yang ada,jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu ..rama’ adalah RIBA (muwatta imam malik)
b – (Muwatta imam Malik) Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said berkata,
” Rasullulah s.a.w ,  mengarahkan dua Saad untuk menjual becana/bekas yang diperbuat dari salah satu emas atau perak daripada harta rampasan. Mereka sama ada menjual masing-masing tiga unit-unit berat untuk empat unit berat duit syiling atau masing-masing empat unit-unit berat untuk tiga unit berat  duit syiling. Rasullulah s.a.w, berkata kepada mereka, ‘Kamu telah mengambil riba , jadi kembalikan ia.’ “
c –  Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Humayd ibn Qays al-Makki yang Mujahid berkata,
“Saya berada bersama Abdullah ibn Umar, dan seorang tukang datang kepadanya dan berkata, ‘Abu Abd ar-Rahman – Saya membentuk emas perhiasan dan kemudian menjual lebih daripada beratnya. Saya mengambil satu jumlah bersamaan kerja tangan saya.’ Abdullah melarang dia melakukan yang demikian , jadi tukang itu mengulangi soalan kepadanya, dan Abdullah terus melarangnya sehingga dia datang ke pintu masjid atau kepada binatang tunggangannya . Kemudian Abdullah ibn Umar berkata, ‘Satu dinar untuk satu dinar, dan satu dirham untuk satu dirham. Tidak boleh menambah antara mereka. Ini merupakan perintah dari  Nabi kita untuk kami dan nasihat kami untuk anda.’ “
d – Yahya meriwayatkan daripada Malik yang dia telah mendengar dari datuknya, Malik ibn Abi Amir yang Uthman ibn Affan menyatakan,
” Rasullulah s.a.w berkata kepada saya, ‘ Jangan  kamu jual satu dinar untuk dua  dinar atau satu dirham untuk dua dirham ” .
6 ii - Barang yang sama jenis tetapi tidak sama berat (barang ribawi)
Abu Said alKhudri meriwayatkan bahawa Bilal telah membawa kepada Nabi beberapa kurma Barni (jenis kurma) dan apabila beliau (Bilal) ditanya oleh baginda (Nabi) dari manakah beliau mendapatkannya, Beliau menjawab ” Aku mempunyai kurma yang mempunyai kualiti yang rendah ,kemudian aku menukarkan dua Sa’ (gantang) daripadanya untuk satu Sa’ (gantang) yang ini.
Nabi menjawab : Ah, inilah intipati riba. Intipati dari riba. Jangan kamu lakukan demikian, tapi jika kamu mahukan, jualkan kurma dalam transaksi yang berasingan kemudian kamu beli dengan apa yang kamu dapatkan (dari jual beli kurma tadi).
7 – Duit kertas atau duit yang asalnya bersandar pada barang ribawi atau kertas hutang yang dijadikan duit
a – Imam Malik di dalam Muwatta :
Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahawa ia mendengar tanda terima/resit (duit kertas) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan bin alHakam untuk barang di pasar al-Jar.
Penduduk membeli dan menjual resit di antara mereka sebelum mereka mengambil barangnya.
Zaid bin Tsabit bersama seorang sahabat Rasulullah pergi menghadap Marwan ibn alhakam dan berkata ‘’ Marwan , apakah engkau menghalalkan RIBA?’’
Ia menjawab – naudzubillah, apakah itu?
Ia berkata ‘’resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual beli sebelum menerima barangnya.
Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya kepada pemilik asalnya.

b – Dari Sulaiman Bin Yasar dari Abu Hurairah bahawa beliau berkata kepada Marwan : Apakah kamu menghalalkan jual beli riba?” Marwan menjawab ; saya tidak menghalalkannya.
Abu Hurairah melanjutkan; “kamu menghalalkan jual beli shikak (surat/kertas  yang dikeluarkan oleh penguasa, bertuliskan sejumlah makanan atau selainnya yang diberikan kepada orang yang berhak).
Sungguh Rasulullah Shallallahu alaihi wassallam melarang menjual bahan makanan sampai ia ditimbang terlebih dahulu”

Sulaiman berkata ;”Lantas Marwan mengumumkan kepada orang-orang dan melarang jual beli seperti itu.” Sulaiman berkata ” saya dan para pengawal mengambilnya dari tangan orang-orang”
a i- Kitab Shamsul Asyhraq karangan al ‘alamah Shaikh Ali Al Maliki pada m/s 60 katanya
” Dan demikian lagi bersangatan Alim Shaikh Muhammad ‘illisyh (mufti zaman khalifah Usmaniyah) tatkala ditanya akan dia daripada kertas yang ada padanya chap Sultan dan bermuamalah denga dia, berjualbeli dengan dia semacam dirham – dirham dan dinar – dinar.
Adakah diberi zakatnya sebagai zakat ‘ain atau semacam zakat mata benda perniagaan atau tiada wajib zakat padanya ?

Menjawab ia dalam Kitab Fatwanya , Fathul ‘ala al Malik, berpegang ia bagi riwayat yang kedua yang muktamad pada mazhab Malilki ia jawab dengan nasnya tiada wajib zakat padanya yakni tiada wajib zakat pada wang kertas “.
a ii - berkata Shaikh Ahmad Khatib iaitu didalam Kitabnya Mazhab Shafiepada m/s 46 artinya :
” Bahkan jika berkehendak oleh seorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak terpakai, sia – sia dan lagi buat zalim akan tuan – tuan harta dengan memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta manusia denga jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala
—————————————————————————————
Ilmu yang tidak membuatkan kamu jauh dari dunia bukanlah ilmu secara seluruhnya.
Mana-mana ilmu yang membuatkan kamu lebih terlekat dengan dunia bukanlah dinamakan ilmu.
Ilmu itu adalah kamu mahukan Allah lebih dari segala apa yang kamu mahukan.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons