Wednesday, October 24, 2012

Dreams And Reality-Bakuman



Salam,

Well hari ni nak tulis entry pasal KOmik manga yang aku baru je selesai habiskan..dengan panjang cerita sebanyak 176 chapter.

apa yang menarik sangat sampai nak masuk dalam review aku?

so apa yang menarik sampai aku boleh melekat baca dari mula sampai habis?

sinopsis aku:

Kisah bermula watak utama Mashiro dan Takagi, bercita-cita untuk menjadi mangaka (pelukis Manga dipanggil Mangaka). Pada mulanya Mashiro keberatan untuk melukis, tapi sebab Takagi terlampau mendesak dan sebab dalam masa yang sama Mashiro dibawa oleh Takagi berjumpa dengan Azuki Miho, seorang gadis yang cantik. membuatkan Mashiro berubah fikiran.

Mashiro Morikata
Sebenarnya Mashiro suka pada Azuki dan tanpa disangka Azuki juga suka pada Mashiro dan diorang berjanji apabila cita-cita diorang tercapai diorang akan berkahwin. Mashiro ingin menjadi mangaka No.1 manakala Azuki mahu menjadi Seiyuu (voice actor).
Takagi Akito

So diorang berjanji apabila Mashiro dan Shujin dapat melukis manga sehingga menjadi Anime ( kartun jepun dipanggil Anime) dan Azuki Miho akan menjadi seiyuu kepada watak heroine dalam anime Ashirogi Muto (penname Mashiro dan Takagi) waktu itu menandakan bahawa impian diorang telah tercapai.
Azuki Miho

The whole story bukan saja berkenaan cinta antara diorang tapi juga berkenaan 'musuh' dalam pekerjaan diorang sebagai mangaka. 

Apa yang menarik pada aku ialah usaha dan kesungguhan diorang dalam mencapai cita-cita. Manga ni bukanlah manga bergenre lawan iaitu manga mainstream..tapi lebih kepada komedi, drama, romance, dan kehidupan.
Eiji Nizuma (musuh yang juga kawan Ashirogi)
Apa pun bakuman memang sebuah karya yang menarik untuk dibaca..untuk 176 chapter ianya manga yang tidak terlalu panjang, cuma manga ini terdapat banyak dialog dan bagi yang malas membaca dialog boleh sila memilih manga yang lain :)

By the way penulis( Takeshi Obata ) dan pelukis ( Tsugumi Ohba )manga ni adalah orang yang sama melukis dan menulis manga terkenal Death Note yang mempunyai beberapa Movie dengan tajuk yang sama. No wonder diorang banyak panel dialog untuk menerangkan situasi dan analisis.

So kalau korang berminat untuk membaca boleh klik sini

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons