Monday, October 1, 2012

Budget 2013 - Ulasan Aku

Salam,

Dari minggu lepas, Jumaat 28/09/2012, Malaysia sekarang tengah meriah dengan pembentangan budget untuk tahun 2013..suka tak dengar budget?? suka suka..sebab apa?sebab tambah bonus sebulan..Alhamdulillah..

KOmen pro dan kontra memang biasa kedengaran..termasuk la daripada aku yang akan dinukilkan dalam bait seterusnya cewah..

So untung la jadi rakyat Malaysia..subsidi ada, macam-macam.dapat contohnya BR1M..yang menelan perbelanjaan lebih dari Rm2 billion yang mana dapat dirasai oleh 4.7juta isi rumah..

Kali ni dalam pembentangan budget 2013 juga terdapat peruntukan untuk BR1M 2.0 (macam tiru je bunyi point point ni) wakaka

ada lagi..orang bujang pun boleh dapat rm250..pergh..belum lagi kira rebat rm200 UNTUK BELI SMARTPHONE..

okay, komen aku:

Bagus dengan pemberian bonus dan BR1M 2.0 ni..tapi yang tak bagus..(pandangan daif aku)

Subsidi gula dikurangkan sebanyak rm0.20 kononnya untuk mendidik rakyat supaya jangan banyak TELAN gula! kih kih kih..kelakar la..orang tu pun obesiti,cutting BIOLa wakaka nak suruh rakyat jaga kesihatan???

2nd..bagi baucher beli buku tu ok..tapi bagi BR1M untuk orang bujang?? nonsense!!! memang la seronok dapat duit..tapi..baca yang 3rd dulu

3rd..rebat rm200 untuk beli smartphone??wah gile la..menghapuskan cukai smartphone dulu aku suka pasal smartphone jadi mampu beli..tapi rebat untuk beli smartphone???

adalah baik kalau pemberian no 2 dan 3 ni menampung kos subsidi gula..sebab apa? gula kalau murah sekali pun bukan kita makan gula macam makan nasi..dah kalau nasi menggemukkan,kenapa tak kurangkan subsidi beras?? kemon le..

gula kalau dah mahal,peniaga tau nak naikkan harga je..air teh o pun dah rm1..dah takde sen sen..makcik makcik yang buat kuih guna gula mesti susah nak meniaga..nak naikkan harga orang tak beli..nak bagi maintain harga lama,sendiri tak untung..

Tapi yelah..kalau aku ni bijak pandai apsal aku tak jadi menteri kewangan ye dak? hehehe apa pun yang dirancang samada rakyat untung atau tidak kita sendiri yang rasa..diorang lebih bijak daripada kita menentukan perbelanjaan negara..

p/s:ulasan ni hanya pendapat peribadi aku..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons