Sunday, September 9, 2012

Journey to the North Peninsular Malaysia Part II

Okay, 

nak menyambung cerita dalam part kedua ni bersamaan dengan hari kedua..

cerita simple pimple jer..(pimple tu bukan jerawat ke???) hahaha

Perjalanan hari ni mula agak lewat sedikit,lepas sarapan melepak-lepak tengok kartun dulu dalan bilik hotel..dah hampir jam 12 baru check out..

So destinasi hari ni ialah tetap Kangar,Perlis..tapi melencong singgah sebentar di Semeling dekat dengan Bedong..keluar dari tol Sg.Petani Utara..

Aku tertarik dengan peniaga ditepi jalan yang meniaga air nira..kelihatan buah Nipah berlonggok banyak didepan gerai. Aku memang minat minum air nira Nipah ni sebab rasanya yang unik, so aku pun singgah beli sebungkus dengan harga rm3.00. 

buah nipah
gambar ehsan :  http://kenanganjadirinduan.blogspot.com

Tapi seperti yang aku jangka..Air Nira ni rasanya 'tak sedap'..mengingatkan aku beberapa tahun lepas aku pernah juga beli dikawasan Sg.Petani nih..rasanya agak kuat..seperti 'telah' basi..atau itu sememangnya rasanya yang sebenar???

Kebiasaannya aku beli Air Nira ketika aku dalam perjalanan balik ke kampung atau pulang semula ke Kuala Lumpur,dikawasan antara jalan Teluk Intan-Setiawan..Air Nira dekat sini lebih sedap tanpa rasa pelik macam nak basi..mungkin lebih fresh??ntah le..

Menariknya, di Semeling ni ada menjual sekali buah Nipah, pilih saje macamana yang kita nak..sama ada beli dengan tandannya (tengok gambar kat atas) atau beli yang sudah dikopek keluar isinya,macam ni.

sekali pandang macam isi buah kabung.
dan of coz le aku beli yang dah siap bungkus isinya..jadi satu hal pulak nak membawak sekali tandan dalam kereta hahaha

Ni baru cerita pasal Air Nira..mukadimah je tu..tujuan asal singgah di Semeling ialah menziarahi keluarga angkat isteri aku..keluarga angkat ni dikenali menerusi program anak angkat semasa isteri aku belajar di maktab dulu.


Kedatangan disambut meriah dengan penuh kemesraan..aku sedikit pun tak rasa kekok walaupun baru pertama kali bersua muka. Diorang ingat kami akan sampai lewat petang, dan diorang sebenarnya dah siap plan untuk bawak kami ke Tg.Dawai..tapi sebab kami dah sampai awal disuruhnya kami rehat dulu..sampai tertidur jugak la aku..


Petangnya cuaca pun dah redup, kami pun keluar ke Tg.Dawai menikmati pemandangan laut yang pada aku biasa saja..yelah pantai dimana-mana pun ada..antara cantik,bersih atau tak je..rupanya tujuan bawak ke tg.Dawai sebab nak belanja kami makan..

Sambil menunggu makanan,sambil melihat panorama matahari terbenam yang cukup indah walupun pada mulanya aku menjangkakan suasana akan suram disebab keadaan langit yang berawan tebal..

bukti penelitian aku yang salah

 Sempat juga aku merakam gambar kenang2an bersama keluarga ni..sportingkan?

angkat ke kanan

angkat ke kiri pulak..


Sebelum makan, sempat aku beli layang-layang satu..kadang-kadang seronok bila kita berperangai kebudak-budakan..yelah kalau bukan kita yang cipta kebahagiaan siapa pula nak memberinya?



Angin petang tu agak kuat, aku cuma duduk dan lepaskan benang membiarkan layang-layang naik sendiri..

Selesai makan, kami memohon beredar dan melengkapkan pertemuan dengan perpisahan...InsyaAllah jika ada rezeki bertemu kembali.

Perjalanan diteruskan...

Next...

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons