Wednesday, September 19, 2012

Journey to the North Peninsular Malaysia Part III

Salam,

Ok ini part terakhir dalam cerita boring aku..

Part ni jugak boleh jadi sikit panduan pada korang..apa panduannya?? baca sampai habis ok.

Selepas selesai makan di Tg.Dawai, kami terus bergerak menuju ke Kangar dengan bantuan GPS(guna pun sesat) dan calling2 tuan rumah kami pun sampai. Agak lewat dari jadual asal.

Tuan rumah dah sediakan bilik penginapan disebuah hotel berdekatan..(terima kasih sangat-sangat) walaupun hotel tu agak creepy sikit tapi sebab badan dah penat dan tujuan hanya untuk merehatkan badan so jangan komplen banyak..mana nak cari kejap-kejap tu kat tempat lain..dah la tuan rumah bayarkan..

Last day

Hari ni, hari majlis perkahwinan antara Adi dengan Fety. Seawal jam 12P.M lagi aku dah sampai standby nak makan je ni..bila dah dijemput makan,kami pun makan le..ada sorang lagi kawan baik aku datang bersama..dari Bukit Mertajam je so takde la jauh sangat..

Dah settle makan tunggu la pengantin datang..tengok jam dah pukul 2PM..haiya..yelah takkan makan terus balik? at least tunggu la tunjuk muka..


Mamu Azuan (asal Peneng je Mamu )

ayat bagi kengkawan lain sakit hati (aka perli)

nak bertanding sape membesar dengan sihat





Selesai ambil gambar lebih kurang, tiba masa mengundur diri..

Next..

Destinasi seterusnya ialah Padang Besar!!!!

Ini la peluang menghabiskan duit KWSP ops...KWSP dah boleh bawak keluar ye??(sorry le jangan harap boleh bodek aku, dah habis aku belanjakan wakakaka)

Sampai dekat Padang Besaq (tukar slang utara pulak ye hehehe) aku nampak signboard menuju ke Thailand..2x aku sebut welcome to Thailand dengan slang ala-ala Thai hahaha sebab aku berpusing singgah di stesyen minyak untuk keluarkan duit..





Ini adalah kali pertama aku ke Padang Besar dengan ditemani kawan aku yang dari B.M tu..kononnya sebagai penunjuk jalan. Agak penat untuk mengelilingi keseluruhan kawasan apa lagi kalau tangan dah penuh dengan plastik..



Tengok baju cantik nak beli baju..tengok seluar nak seluar..tengok apa saja semua nak beli..  aku keluarkan rm400 tapi baki dekat tangan tinggal rm20 je gile sakan shopping.. nasib baik masa isteri aku nak keluarkan duit ATM tak terima hahahah kalau tidak bayangkan la berapa yang akan habis..dan bukan masalah berapa akan habis tapi macamana nak bawak balik??


dalam bangunan bazaar..harga dibawah lebih rendah dari yang berada dalam kedai

Pada tinjauan aku yang dah keliling kawasan tu, harga barang untuk yang ada dalam kedai lebih mahal dan agak sukar untuk tawar menawar(tak semua kedai)..ada yang menawarkan harga murah ada yang lebih walaupun kedainya cuma sebelah menyebelah.
Kesian, duit tak dapat keluar jadi dapat 2helai je baju..

Isteri aku cuba dapatkan dompet,bila bertanya harga dikedai rm45 sedangkan harga di tempat yang tiada gerai rm25..so kena bijak sebelum berbelanja..(aku faham harga sewa kedai juga mainkan peranan).

Dalam kawasan bangunan,harga murah sebab takde kedai..tapi brader baju hijau tu agak kurang ajar dan macam malas nak layan kami..so jawapannya bye bye la..banyak kedai lain menanti..orang nak meniaga engkau nak meniaga tapi bab budi bahasa FAIL!!!

Perjalanan membeli dan blah dari situ akhirnya tiba apabila apa yang dihajati semuanya ada dalam bimbit tangan..aku cuma boleh cakap..pergh..aku dah letih yang amat sangat..


Satu lagi pesan aku..kalau sekadar nak membeli TOTO (bukan sport toto-ini kerja bangang) baik le cari yang dekat pasaraya SAKAN..harga dekat Padang Besar sama je dekat SAKAN..

Dah lewat petang,setelah selesai kami pun bergerak pulang..yup. kali ini dari Perlis-Perak takde dah nak singgah-singgah tidur dekat mana-mana..Akhirnya aku sampai ke rumah di Tapah jam 3pagi itu pun setelah tidur sekejap di R&R Bukit Merah, dari penuh kereta dekat parking sampai tinggal kereta aku saja..








Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons