Monday, August 6, 2012

Projek Besar

Assalamualaikum,



Alhamdulillah masih dapat menulis,diberi kesempatan lagi ber'sembang' sorang2 dalam blog ni. Aku rasa agak slow sikit update untuk beberapa bulan kebelakangan ni. Tak tau la pasai apa malas..

Kali ni nak citer pasal projek besar la sangat yang sedang berlaku, aku pun pelik macamana aku boleh terjebak dengan projek nih. Tahun ni persiapan Aidil Fitri terancang awal, cuma dibataskan dengan kemampuan wang ringgit..nasib baik dapat 'bonus' setengah bulan gaji yang 'merugikan' aku.. Mana tak rugi , bonus setengah bulan, tapi basic gaji aku yang sepatutnya dapat semenjak bulan 1 masih tak dapat2..jadi bonus dikira pada basic lama..tak banyak sangat pun ruginya adala dalam rm80 JE..

Okay berbalik kepada tajuk entry, apa projek besar tu???

Jeng..Jeng..jeng..

Aku tinggalkan korang (yang baca) dengan 1001 persoalan..

Huahahhah..sebenarnya, dalam masa kawan2 sibuk menempah kuih raya, bercakap tentang tempahan demi tempahan, aku mungkin antara manusia dalam dunia yang hanya mampu mendengar dan tak mampu nak menempah apa2. Maka lahirla cetusan idea yang bernas lagi bijak sana..

rupa rempeyek versi 1..abaikan kacang yang hangit tu heheheh

Projek buat kuih raya sendiri..ala aku nak buat rempeyek je..ada sedikit kajian resepi dari internet plus resepi kakak ipar. Rancangan ni hadir bila aku melihat 'keperluan' belajar sesuatu yang baru dan meningkatkan kemahiran diri bagi seorang LELAKI itu satu perkara yang BONUS. Tidak timbul soal seorang lelaki dilihat pelik jika rajin ke dapur( tolong ye, sila lihat chef yang terkenal di Malaysia dan namakan WANITA berbanding LELAKI). Malah skill memasak sesuatu yang sukar seperti rendang pada aku menambahkan nilai macho seorang LELAKI huahahahaha.

75% adunan dan perasa diolah oleh aku selebihnya dibantu isteri yang datang pada hari minggu. Malam ni 100% bancuhan rempeyek disediakan oleh aku, dengan niat untuk dibawa balik ke kampung sebab tahun ni aku balik lambat, kesian Ummi ada ke adik2 aku yang balik bercuti awal nanti? kalau orang tanya berapa adik beradik kau? aku cakap 8 orang dan semua akan cakap RAMAINYA....tapi bila semua dah besar, dirumah tinggal Ummi, Ayah dan adik bongsu aku je..so takde la ramai mana..

PERINGATAN: aku dah tersilap sebab basuh ikan bilis dan kacang tanah kemudian terus goreng. so minyak campur air memang tak boleh la kan..meletup la minyak tu, kena tangan...seeloknya kalau merancang nak buat rempeyek, basuh siap2 dan biarkan kering dulu baru la minyak tak meletup..

Antara kesilapan menggoreng ialah ikan bilis dan kacang tanah dibasuh lambat.



oleh sebab itu minyak telah meletup dan aku terpaksa lebih kreatif wakakaka

kesan pada petang hari..

keesokannya lebih jelas kelihatan..


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons