Sunday, July 8, 2012

Semua sebab Sikap

Salam,

Rasa macam dah bersawang blog aku nih. Banyak citer aku nak kongsi sebenarnya,pendek kata boleh penuh dengan posting je,tapi apakan daya...movie-movie yang didownload aku kena habiskan tengok jugak.

Hari ni nak bercerita tentang sikap manusia sekeliling, tak kisah la sekeliling aku ke,korang ke or sesiapa saja.

CERITANYA SIMPLE JE

Aku duduk di kuarters kerajaan ni baru dalam 4bulan lebih, dalam masa 4bulan ni kali pertama bertegur sapa dengan jiran sebelah dua bulan yang lepas.Memang tak nafi, bukan diorang sombong cuma masa untuk bersemuka tu takde, itupun aku kebetulan baru balik dari kedai dan dia baru nak keluar rumah..maklumla  suami isteri kerja ,masa keluar ke pejabat pun tak sama, so tak hairan kalau tak berjumpa.

Apa yang aku tak suka satu perkara semenjak awal duduk sini, kalau ada flyers iklan pinjaman ke, iklan perkhidmatan ke or apa saja flyers yang singgah dimuka pintu mesti akan ada dua..DUA! 2!

Mulanya aku tak ambik pusing sangat, tapi setelah dua tiga kali aku perhatikan rupanya jiran aku yang letak flyers dari pintu dia ke pintu aku, kira dia malas nak buang flyers tu so dia sangkut pulak kat grill rumah aku. 

Terbaru, semalam..aku keluar rumah aku perasan ada flyer pasal pinjaman satu dekat pintu aku dan satu dekat pintu dia, so aku ambik la flyers tu buang..bila aku balik tengok ade pulak flyers yang sama dekat grill aku..Ni dah melampau sebab terang-terang tadi aku dah buang satu  flyers!!! aku keronyokkan flyers tu aku baling masuk dalam grill dia!!!! kalau la dia bongok sangat tak tau yang aku marah,memang manusia macam ni tak boleh jadi jiran!! kalau tak nak kertas2 tu menyemak kat rumah ko jangan la pulak ko semakkan kat rumah orang lain.

Satu perkara lain ialah sikap penghuni yang mempunyai minda kelas ketiga!!! Sebab apa aku cakap macam tu???? semalam jugak berlaku benda ni, maklumla keluar masuk je berjalan-jalan. Masa aku baru balik dari berjalan ke Floria Putrajaya, didepan lif ade 2 bungkusan sampah sengaja ditinggalkan oleh makhluk minda kelas ketiga.(aku tak pasti siapa).kemudian aku keluar lagi malamnya untuk ke Floria jugak melihat bunga api sekitar jam 8.30malam.. semasa aku keluar dari lif tetiba ada sorang makhluk Allah yang berminda kelas ketiga mencapai bungkusan sampah tadi yang pada mulanya ada dua tapi sekarang dah ada tiga!!!

Agaknya kebetulan dia nak letak disitu,lif aku terbukak hehehehe maka....terkantoi la beb!! yang kelakarnya dia cuba amik sampah yang dah sememangnya ada dekat situ!! Sambil aku berjalan ke kereta, mulut aku dengan lancangnya menyumpah seranah perangai orang minda kelas ketiga tersebut..

Bertambah kelakar bila aku tengok dia angkut semua sampah tadi (mungkin sampah dia cuma satu) dan dia start motor pi buang dekat tempat YANG TELAH DISEDIAKAN!!!! wakakaka..sambil tu sempat lagi menjeling aku dengan muka tak puas hati..agaknya kalau nak gaduh tak lepas so pandang je la..

Dua cerita aku kat atas berlaku disekeliling kita..dan mungkin kita adalah pelakunya..jadi renung-renungkan,adakah kita berada dalam kelas ketiga atau kita adalah seorang manusia yang mempunyai sikap mulia???  selamat beramal dengan nilai-nilai murni..

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons