Thursday, July 26, 2012

Semoga Mampu Bertahan


Assalamualaikum,

Last week (sebelum Ramadhan) aku balik kampung, ada program keluarga..membaiki gelegar lantai yang kian mereput dekat rumah pusaka tok dan opah ( Al-Fatihah)..

ini legend punya peti surat


Pakcik E adalah penganjur acara (tiada dalam gambar) yang dihebahkan melalui facebook. Ramai yang balik bergotong-royong, membantu membersihkan kawasan, tak kira yang dewasa tak kira anak kecil..sekali sekala terasa sangat seronok dapat berkumpul tanpa perlu menunggu Hari Raya hehehe..


Walaupun rumah ni terbiar tiada penghuni, tetapi masih terjaga dan InsyaAllah akan terus dipelihara..menjadi tempat kami sanak saudara berkumpul saban tahun tak kira raya, kenduri kendara,pilihanraya dan macam-macam lagi.


Dirumah ini tersimpan pelbagai kenangan suka dan duka..aku membesar dirumah ini..aku menyulam kenangan disetiap keping papan dinding (conteng menconteng :p ). Malahan kad pengenalan aku juga beralamat disini..



Katak ni terhimpit dalam celah kayu kesian...





Asyik gambar orang je..ko tak buat kerja ke??? biasala orang pegang kamera mana ada bukti dia buat kerja huhuhu


sebelah kiri kayu lama yg diganti dengan yang baru sebelah kanan

Wah Hamid antara orang kuat pada hari tersebut

lapar?sudah penat bekerja mesti ada jamuan makan hehehe




Tujuan gotong royong ni diadakan supaya dapat kami dapat menyambut ketibaan Syawal nanti bersama-sama seperti saban tahun lepas. juga diadakan sedikit tahlil untuk keluarga yang telah pergi meninggalkan kami..paling utama dalam program ini ialah ukhuwah serta silaturrahim yang terjalin dirapatkan lagi. Maklum sajala, keluarga masing-masing anak-anak telah besar..so tak nak la nanti sepupu sendiri berjumpa pun tak kenal..

membantu sambil bermain api hehehe

Aku rasa bangga dengan keluarga ni, sebab boleh dikatakan ke semuanya aku kenal..dari sepupu yang paling tua hingga yang paling kecil..dan rapat jugak..ada setengah daripada kawan-kawan aku hairan macamana aku boleh baik dengan sepupu-sepupu aku..lepak macam kengkawan je..

dalam keluarga besar kami semua ada, dari jurutera,arkitek,wiremen pendek kata  boleh bukak firm sebijik
Pendapat aku ialah peranan orang tua (pakcik dan makcik) yang tidak merasakan apabila kedua orang tua mereka telah pergi maka suramla hubungan adik beradik..malah dari pemerhatian aku, pakcik dan makcik aku ini lah sering bersama menjaga silaturrahim tersebut..supaya yang kecil tahu menghormati yang lebih tua dalam ikatan kekeluargaan. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan mengeratkan silaturrahim tersebut.


Harapan aku rumah ini akan bertahan untuk sepuluh tahun akan datang InsyaAllah.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons