Friday, June 22, 2012

Melepasi Batasan Diri : ~( Nikon Picture Control (PDF) )~

Salam,

Setelah dua tahun lebih kurang aku terlibat dengan hobi fotografi. Hari ni aku terasa yang aku dah tersangkut atau berada pada kemahiran maksimum yang aku capai.

Bukan bermakna aku semakin mahir, tapi aku merasakan kekurangan pengetahuan, kemahiran yang tersekat menghalang untuk aku terus menghasilkan karya terbaik.

So aku mencari penyelesaian untuk melepasi tembok kekurangan. ramai orang menganggap kemahiran mereka tersekat kerana tiada gadjet yang lebih advance tanpa mengambil kira yang sebenarnya mereka kekurangan ilmu, pengalaman dan juga kemahiran. Aku merasakan keperluan gadjet tambahan hanya membantu, bukan sebagai faktor utama untuk mencapai target aku yang seterusnya.

Sebenarnya ada beberapa masalah pada hasil gambar aku. aku kurang puas dengan output dari setiap petikan shutter yang dah melebihi 49ribu klik tu.Walaupun ada beberapa keping yang 'dinilai' baik oleh orang lain, tapi hasil penilaian diri sendiri masih belum mencapai tahap "wow!' yang tersendiri.

Berbalik kepada permasalahan tersebut membawa ingatan aku sekitar beberapa bulan setelah memiliki DSLR, perkenalan dengan beberapa forumers dari Digital Mukmin yang telah memberi aku 'jalan' serta ilmu antaranya ialah berkenaan dengan 'picture control'.

Disini aku nak berkongsi link dari Nikon berkenaan Picture control: Klik Sini 

Diharap usaha aku akan membuahkan hasil untuk memajukan kemahiran diri sendiri dengan mencari ilmu-ilmu berguna.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons