Tuesday, June 12, 2012

Cerita benar - MELIHAT HELAIAN WANG GUGUR DARI ALANG PINTU

Sepertimana yang diceritakan oleh Ust. Azamuddin Ayub (ayahanda aku)

Diwaktu itu saya masih bersekolah rendah, iaitu darjah empat, tetapi peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya.

Semasa saya melangkah masuk ke bilik rumah saya, tiba-tiba sehelai wang kertas sepulh ringgit melayang jatuh di hadapan saya. Saya agak terkejut dan mendongak ke atas alang bilik untuk melihat dari mana datangnya wang tersebut. Mungkin ada wang yang disembunyikan oleh bapa saya di atas pintu itu. Dalam keadaan penuh kehairanan itu, sekeping lagi wang kertas melayang dari alang pintu yang sama, terus jatuh di hadapan saya.

Kejadian itu berlaku di rumah kelahiran saya di Kampong Teluk Kepayang. Ketika itu bapa saya adalah seorang ketua kampong. Ketua kampong ketika itu dilantik oleh orang ramai dan tidak mendapat sebarang imbuhan. Oleh itu bapa saya terpaksa bekerja keras membanting tulang meneroka hutan di darat kampong untuk dijadikan sawah padi, hanya dengan kapak, parang dan tajak. Sesekali beliau masuk hutan untuk mencari kayu longkut dan damar. Beliau selalu masuk hutan bersama dengan seorang tok sidang dari sebuah kampong lain. Beliau juga adalah seorang imam dan menjadi tempat rujukan dalam sebarang masaalah yang timbul dikalangan penduduk kampong. Kehidupan keluarga kami ketika itu diibaratkan sebagai kais pagi pagi, kais petang makan petang.

Semasa kejadian, bapa saya berada di dapur bersama dengan ibu dan adik perempuan saya.

Dalam keadaan saya terpinga-pinga itu, tiba-tiba malayang lagi sehelai wang kertas lima ringgit dari tempat yang sama, jatuh betul-betul di hadapan saya. Ini menyebabkan saya terlalu hairan dan terasa sedikit takut lantas saya memanggil ibu dan ayah saya di dapur. Semasa mereka datang, wang tersebut terus jatuh sehelai demi sehelai.. ada yang sepuluh ringgit dan ada yang lima ringgit. Ketika itu kami (saya, ibu, bapa dan adik perempuan saya) dapat menyaksi satu keajaiban dimana tidak pernah kami melihat wang jatuh dari alang pintu bilik. Saya sendiri terjenguk-jenguk mencari punca dari mana datangnya wang tersebut. Saya tidak dapat melihat sehelai wang kertas pun di atas alan pintu bilik tersebut, begitu juga ibusaya, bapa saya dan adik perempuan saya.

Sehinggalah wang tersebut berhenti jatuh dan bapa saya mengambil keputusan untuk menyimpannya.

Setelah saya memasuki sekolah menengah, saya bertanya ibu saya berapakah jumlah wang yang jatuh tersebut dan adakah lagi ianya disimpan. Ibu saya menyatakan bahawa jumlahnya hampir seratus ringgit dan wang tersebut telah diberi pinjam oleh bapa saya kepada seorang tok sidang, kawan beliau yang sama-sama mencari kayu longgot dan damar.

Masa terus berlalu, ayah saya terus bekerja sebagai petani, tidak lagi mencari kayu longkot dan damar. Tok sidang kawan ayah saya juga tidak lagi mencari kayu longgot dan damar tetapi beliau telah menjadi seorang taukeh balak....

Semasa bapa saya telah uzur, saya sering berbual mengenai agama, perjuangan dan kisah silam dikampong. Saya teringat akan peristiwa wang kertas jatuh yang kami saksikan kira-kira 40 tahun yang lalu. Lantas saya tanyakan kepadanya, wang apakah yang jatuh tersebut. Beliau cuma tersenyum sambil menyatakan bahawa itu adalah satu pemberian Allah. Beliau meminjamkan kepada kawan beliau yang kesempitan wang ketika itu


p/s : Semasa aku kecik aku selalu dengar cerita ni dari mulut ayah aku, kadang-kadang makcik aku juga bercerita perkara yang sama tak ketinggalan opah aku semasa hayat beliau. Cerita ini hanya menjadi lagenda bagi kami dan pengalaman mereka sahaja. Benar lah firman Allah bermaksud :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


sedikit update 25/07/2012: sebelum Ramadhan lepas keluarga kami berkumpul untuk majlis gotong royong membersihkan rumah pusaka tersebut. aku nak tunjukkan gambar bahagian rumah yang dikatakan jatuhnya duit tersebut.




disinilah tempat jatuhnya duit tu (dalam bulatan)


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons