Tuesday, June 12, 2012

3 Kali !!! (",)

Salam,

Setelah dua bulan aku submit gambar aku, akhirnya giliran untuk gambar aku keluar buat kali ke kedua di majalah Dunia Kamera dan kali ke tiga disiarkan di majalah. Seperti gambar yang lepas, setelah kawan aku tag di facebook baru aku tahu..Mencari-cari di kedai, majalah tersebut belum sampai ke Putrajaya ni. Mungkin sehari dua lagi..

Seperti biasa perasaan seronok tu ada, bukan dapat hadiah pun tapi seronok sebab gambar terpilih untuk keluaran kali ni..

Adakah bila keluar gambar dimajalah kita boleh dianggap sudah bagus? mungkin YA mungkin TIDAK..jika orang lain pun mesti menilai karya kita..mesti memilih yang terbaik..tetapi ada juga yang memilih yang terburuk untuk dikritik, diperbaiki, mahupun dikutuk.( belum pernah kena kutuk lagi/atau mungkin ada cakap2 belakang hahaha)

Gambar semut merah tu hasil dari kamera D90 aku :)

Bagi aku ianya boleh dianggap sebagai kayu pengukur pencapaian peribadi..disiarkan bermakna usaha aku dinilai dan paling penting dihargai untuk tatapan umum. Aku juga mahu dan akan berusaha mengekalkan genre MACRO sebagai 'brand' aku sendiri, trademark, untuk orang lain mengenali dunia macro adalah satu kehidupan yang sering kita abaikan. 

Kehiduapan serangga yang pada kita tidak bernilai, tetapi jika kita rapat dengan dunia ini, baru kita sedar hakikat kepupusan mereka, keindahan ciptaan uniknya seranga/haiwan-haiwan ini.  
Paling penting ; Menunjukkan Kekuasaan Allah selaku Pencipta!

Gambar asal : Nikon D90| 1/125sec | f20 | iso320



Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons