Sunday, April 1, 2012

Pekeliling Baru Kenaikan Gaji

Salam,

30.03.2012 telah keluar Pekeliling baru bagi kenaikan gaji kakitangan awam dilaman web http://www.jpa.gov.my/ dan juga kaedah pengiraan bagaimana kenaikan gaji 13% mengikut gaji pokok pada Disember 2011

Korang boleh mengira dengan memasukkan gaji pokok pada 31 Disember 2011 disini http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan 

Contoh:-

Untuk Pelukis Pelan (aku) (P1T3) gaji pokok pada 31.12.2011 ialah RM945.92 

Kenaikan 13% dari RM 945.92 ialah RM 1068.89  jadi kenaikannya ialah sebanyak RM122.97  di multiplekan dengan 4 = RM491.88 adalah tunggakan dari Januari 2012.(gaji yang akan dibayar April)

Persoalan aku ialah KGT aku ikut SSM dulu pada bulan Januari, bila akan dapat?adakah berubah? kalau dari Januari juga mengikut SSM baru ni, akan adakah tambahan RM95x4(kalau dibayar pada April juga) ??? 

Dari apa yang aku baca dalam pekeliling Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kenaikan ini tidak mengubah TPG pegawai...harap-harap aku merasa la basic gaji  jadi lagi tinggi sebab naik lagi dengan KGT (Kenaikan Gaji Tahunan).

sebenarnya tak berpuas hati dengan "guruh dilangit" sebelum ni..apa pun, Alhamdulillah bersyukur juga..dan menerima rezeki ini.

*kerja dengan jawatan SBPA (JA3-1=J27) tetap jalan juga walaupun dah terbatal..tanggungjawab tu tetap bos dah bagi...nasib badan la.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons