Friday, April 13, 2012

Outing Pixel first Step

Salam,

Setelah mengadakan perbincangan dengan beberapa orang rakan dalam facebook, kami sebulat suara membentuk satu group bagi peminat fotografi di facebook.

Tujuan kami membuka group ni bukanlah kerana ingin menjadi admin yang gila kuasa tapi mengambil langkah proaktif dalam perkongsian gambar yang lebih berciri islamik. Tanpa perlu berkongsi dosa kerana penyebaran gambar-gambar yang mendedahkan aurat wanita dan lelaki.

Jadi kepada sesiapa yang berminat dengan dunia fotografi, anda dijemput 'join' kami di facebook Outing Pixel kami disini berkongsi gambar semua genre tetapi mengikut batas agama kerana tidak mahu terlibat secara tak langsung dalam skim dosa piramid :)

sedikit note dan rule


Pada 26 September 2011 Outing Pixel ditubuhkan.
Penubuhannya untuk  memartabatkan serta pembelajaran dalam seni photografi.

Memperkenalkan teamwork Outing Pixel yang akan memantau dan menganjurkan aktiviti untuk geng-geng Outing Pixel

  •  talikasutkayu DC
  •  Mohammad Faiz Azamuddin
  •  Haniff Hassan
  •  Varius DC
  •  Pak Lang Ayied

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan, tips fotografi, komen, sumbangan dan apa-apa idea untuk sama-sama kita memajukan Outing Pixel. Sebarang pertanyaan dan cadangan aktiviti, sila hubungi pada nama-nama di atas. 

Terima kasih.

Salam dan Selamat Sejahtera

Page ini terbuka untuk semua peminat fotografi dan tertakluk dibawah peraturan yang telah ditetapkan oleh admin dan syarak.

Semua posting hendaklah mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Aurat (Paling Utama)
Contohnya tidak dibenarkan sebarang gambar yang salah disisi syarak seperti gambar bogel, lucah, menghasut, menjatuhkan maruah orang Islam dan bukan islam, berunsur fitnah, boleh mengundang perpecahan, dan seumpamanya.

Gambar wanita dewasa hendaklah menutup aurat seperti memakai tudung melainkan gambar yang jauh atau kecil. Gambar wanita berpakaian terlalu ketat juga tidak dibenarkan.

Gambar-gambar sukan contohnya hendaklah tidak menampakkan aurat lelaki secara jelas.

Posting yang melanggar peraturan akan diberitahu supaya di'remove'kan sendiri oleh tuan punya gambar bagi mengelakkan rasa tidak puas hati.

Exif Data
Setiap ahli diGALAKkan untuk berkongsi EXIF DATA bagi tujuan pembelajaran dan pemahaman bagaimana secara teknikal karya anda dihasilkan.
Gambar yang tiada exif data TIDAk AKAN di DELETE. Sebaiknya berkongsilah dengan kami disini jika diminta oleh ahli group yang lain.

Hormat Menghormati
Setiap ahli diwajibkan menghormati ahli lain tanpa mengira agama,bangsa dan keturunan. Jika terdapat provokasi daripada mana-mana pihak anda AKAN DI BANNED! tanpa sebarang amaran dan notis dari admin.
*elakkan dari menggunakan kata-kata kesat seperti mencarut dan sebagainya.

Pengiklanan
Setiap ahli digalakkan berkongsi maklumat iklan tentang sesuatu event,kursus,outing,TT dengan semua ahli dan pengiklanan barangan peribadi yang tidak berkaitan dengan fotorgafi adalah DILARANG sama sekali.

Posting
Setiap ahli DIGALAKKAN post gambar didalam folder (album) yang telah disediakan mengikut kategori. Ini bagi memudahkan semua ahli membuat rujukan bagi setiap komen yang diberi pada setiap gambar.

Banner Group
Seminggu atau lebih Admin akan memilih gambar yang anda post kan samaada di 'wall' atau folder untuk dijadikan banner group bagi tujuan memberi galakan kepada ahli agar terus menghasilkan gambar dan berkongsi dengan kami disini.

Gambar
Tidak semua orang mampu memiliki DSLR, oleh kerana itu admin tidak menghalang sebarang perkongsian gambar dari kamera digital compact mahu pun kamera smartphone/ handphone asalkan ianya tertakluk kepada syarat utama iaitu tidak mendedahkan aurat.



Sebarang peraturan akan di'update' dari masa ke semasa.

jika ada sebarang teguran, penambahbaikan dan pertanyaan, anda boleh kemukakan kepada kami supaya kita sama-sama dapat saling memanfaatkan antara satu sama lain.Dalam erti kata lainnya saling tegur menegur.

Selamat berkarya.


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons