Monday, April 9, 2012

Ingat Senang Ke ???

Salam,

Selalu bila ada orang bertanya aku kerja apa, soalan seterusnya akan berkisar dimana?jawatan apa?macam mana dapat keje Kerajaan?

Ada antara yang tahu background aku,akan cakap ye la senang la ko guna 'cable'..cable?siapa pulak? orang yang menjadi 'cable' dalam maksud pertanyaan diorang ialah ayah aku..Sebab apa? sebab ayah aku pernah kerja dengan kerajaan..JKR jugak..

Apa la 'kuasa' ayah aku nak menentukan aku dapat kerja dengan kerajaan?bukannya dia berpangkat besar..sekadar seorang Juruteknik Awam..dan kebetulan aku juga dapat masuk berkhidmat dalam JKR.

 nak tau proses aku?berapa tempoh aku memohon? 


Surat daftar SPA sebelum surat panggilan temuduga

14/03/2007

21 November 2008
13/02/2009

Selepas beberapa kali mendaftar/membaharui pendaftaran pada 2007 aku dipanggil untuk temuduga..setelah hampir 2 tahun (kira bulan jangan tengok tahun) baru aku dipanggil/ditawarkan kerja..itu pun kontrak selama 2 tahun..tapi rezeki aku, hanya beberapa bulan selepas itu surat panggilan untuk jawatan tetap sampai ke tangan..

Jadi..adakah senang perjalanan aku? silap siapa yang kata betapa mudahnya aku dapat kerja kerajaan..sebab aku juga menunggu lama sebelum diterima..yang penting..usaha,doa dan tawakkal serta keredhaan kedua ibubapa..insyaAllah hidup diberkati sentiasa.

Reactions:

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons