Wednesday, March 7, 2012

Malam pertama

Salam

tengok tajuk entry kali ni rasanya boleh tarik trafic banyak nih wakakkaka..

Semalam adalah hari pertama dan malam pertama aku tidur di kuarters..maklumle baru pindahkan..suasana aman damai,sunyi sepi..pergh dah lama tak rasa camni,dah lama tak rasa tenteram camni..suasana camni aku boleh rasa masa kat kampung je..sebab apa?

Ampang,Pandan Mewah.kawasan yang aku diami hampir 3 tahun..bising..bising..dan bising!!! aku ni maklumla dari kampung..suasana rumah aku boleh dengar okestra katak dan cengkerik je tetiba bila datang KOlumpo, berlumpor kepala otak aku.hehehehe

kedai siam yang sedap gak la masakan dia..aku selalu membayangkan rumah diatas kedai-kedai macam ni..diorang tak dengar bunyi bising ke? aku yang rumah kat tingkat 3 pun tekanan, apa lagi dengan kerenah jiran haram jadah yang entah dari Bangladesk or Nepal or memang rakyat Malaysia yang bodoh, suka pasang radio kuat-kuat.

antara senarai benda best kat Pandan mewah Ampang:

-korang boleh 'melancong' tanpa mengeluarkan kos tinggi..
-korang boleh makan bakso yang dijual seperti dalam cerita sinetron indonesia, 
-korang boleh rasa pengalaman perasaan menjadi orang asing dibumi sendiri, 
-korang boleh dengar jiran sebelah pasang lagu berdentum-dentum tengah malam macam dia duduk dalam hutan sorang-sorang, 
-korang boleh tengok orang ber'picnic' di tepi padang bola,sambil membakar ikan,ber barbique dihujung minggu bersama suku sakat.
-korang boleh rasa pengalaman rumah di'gegar' imegresen pukul 2-3pagi dan mintak ic korang macam korang ni pendatang haram jadah.
-korang boleh melihat anak-anak manusia berlari dikaki lima sambil kencing 
-korang juga tak terlepas daripada menonton drama secara live!!! aku pernah tengok drama pergaduhan merebut awek sambil bertikam-tikam dengan pisau wow!!

itu antara senarai pendek yang korang leh rasa..sesuai untuk orang macam aku yang tak mampu nak melancong ke Bali,Bandung,Jakarta, atau ke mana-mana celah Indonesia, Bangladesh, Nepal tak lupa Myanmar.

Suasana yang aman damai dekat kuarters membuatkan aku rasa masa aku berlalu amat perlahan..pukul 10 malam tadi aku dah tersengguk-sengguk menahan mengantuk sampai la adik aku sampai dan aku kena turun untuk angkat barang yang tak habis dipindahkan..

aku rasa malam tadi malam yang lena aku tido..bangun pagi pun awal..bersiap dan bersemangat datang keje..awal!!! huhuhu

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons