Saturday, March 10, 2012

Join Komuniti

Salam,

Aku bukan la orang yang mudah mesra alam, kadang-kadang orang akan cakap aku ni sombong..yup dari dulu lagi orang cakap aku ni sombong..nak senyum kat orang pun payah hehehe

kebetulan pada hari kedua aku pindah ke kuarters ni ada perjumpaan dengan penghuni kuarters yang lain, isu nya bagi menubuhkan Sukarelawan untuk bertugas menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk. Aku asalnya tak nak join turun pasal letih tapi sebab ada member aku yg ajak join sekali aku pun turun la..sekurang-kurangnya boleh jugak kenal orang keliling dan takde la orang cakap kite ni jenis kera sumbang..
panggilan ke perjumpaan

agenda mulanya dengan perlantikan ketua blok dan naib ketua. taklimat juga membincangkan isu kecurian melibatkan kenderaan tak kurang juga isu pecah rumah yang berlaku. wow..seram sejuk pulak aku dengar..paling menakutkan bila ada kejadian cabul,berlaku dalam lif serta mangsa turut disamun..
tengah pilih ketua blok masing-masing

setuju je

minum minum la plak

aku bercerita ni bukan la nak memburukkan kawasan ni, cuma rasa tak percaya..aku jugak percaya kalau di 'google' presint 15 mesti akan keluar perkara paling hot..try la..

dengan Faka yang membantu proses aku berpindah (merasa naik lori Navy tunjuk peace je dapat lalu tol tanpa bayar)
untuk menentukan ukuran langsir heheheh
pada yang baru nak duduk kuarters kat sini,satu je aku ingatkan..dimana-mana pun ada penjenayah..even kalau kita pergi masjid pun kadang-kadang selipar pun hilang..itu dirumah Allah..'tetamuNya kurang ajar sangat apa lagi ditempat seperti rumah kita. yang penting pada aku mengenali jiran-jiran, komuniti, selalu berikan kerjasama dalam setiap program. selain daripada join perjumpaan komuniti macam ni, boleh juga berkenalan dengan rajin ke surau hehehe..


Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons