Tuesday, March 6, 2012

Cara nak menentukan arah kiblat(dengan internet)

salam,

Oleh kerana aku baru je berpindah ke kuarters, antara perkara penting ialah menentukan arah kiblat..nak tanya jiran, aku pun tak kenal lagi..ada la bertegur dengan jiran masa angkat barang tapi terlupa plak tanya.

nak tengok surau takut tersalah plak disebabkan kedudukan kuarters yang senget kesana senget ke sini..ada jugak isteri aku bertanya pada budak maintenance dia terkulat-kulat nak menjawab hehehe..

aku teringat dulu aku pernah cari dan terjumpa satu laman web yang berguna..korang boleh tgk melalui atas bumbung..so lebih tepat dengan mengetahui arah mana.

korang leh semak dari laman web ni http://www.qiblalocator.com/ atau pun sini http://www.al-habib.info/qibla-pointer/ (tapi aku pelik nape dia macam melengkung sikit kalau kita zoom out.maybe sebab bumi ni bulat kot?hihihi)

masa aku bukak agak lambat untuk loading maps..so aku akan tengok semula guna internet kat office yang lebih laju.


artikel seterusnya aku copy paste dari sini


macamana Nak tahu Arah Kiblat


Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat

SUDAH semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.

Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.

Ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


INFO: Cara mengukur arah kiblat

Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun


Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang


Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari


Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.

Reactions:

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons